Friday, April 8, 2016

Aging Issue

I miss writing in this blog. So I made a promise to at least update once a week. Plesee pray that im succeed.

Yesterday im not feeling so well since I had a food poisoning a day before. We (me and sis at the office) ordered nasi beriani ayam madu from mahbub restaurant at Bangsar and they do delivery thou. Since Im still full, I just ate that nasi at 4pm. Soon after I finished my nasi I felt this kind of dizziness-nausea-so weak symptom. 

I know something that I ate made me feel this way but what and why. Sharp at 5pm I went home and yes when I arrived home all that my RM13.80 nasi beriani ayam madu end up in the toilet bowl. I threw everything out. What a waste. 

Actually yesterday I have my weekly fisioterapi appointment at Hospital Ampang but since I still got time I just went straight to Klinik Kesihatan Ampang and took my number at 1.30pm. But I forgot that the counter will only just open at 2pm. Oh pandai me.

Since they already took my IC so I cant run away. I called the Hospital and told them that I will come little bit late. Just need to wait about 15 minutes before my turn and doctor asked me to go and get my bp. When the nurse cautiosly took my bp and the number stop... I said . damn its so high. 

Went back to doctor and she said 'Im not happy with your bp go and take it again' . Me just smile and said 'yeah am not happy with that too'.

I end up go back and forth three time just for my bp and the reading is still same and steady. hehe

123/103
130/90

 What a nice number I got there. No more excuses the doctor gave me a date 3 months from now to have an appointment and check back my bp. Well, my bp yes its quit high but Im just fine, mybe Im always have a headache, sleepy, weak and so on but I know Im FINE. But she's the doctor so she won.

So my appointment is on 30 JUNE 2016. Hope Im not forget since im write it in here. Hee

Sunday, January 31, 2016

Review 2015 Bergambar

Assalamualaikum! haa . sempat jugak nak update entri kedua untuk bulan januari ni. kekonon azam baru nak update blog seminggu sekali so by the end of 2016 akan ada 52 entri! haa berjaya ke idok?tengok laa nanti ye. ekekeke..

Btw, last entri aku ada cakap kan nak tunjuk gambar untuk tahun 2015 kan. Jadinya entri ni ala2 entri bergambar. So layankan ye. Zassss


Ni dengan housemate Kulim Square pegi makan kat Mutiara Cafe, Kg pelek. Halwani, Wana, Wani  n Aimi. Syukuir sangat dieorang laa housemate paling baik dalam dunia sepanjang setahun aku stay kat kulim. Tq korang =)

Alhamdulillah setelah macam2 dugaan, Emas Impresif berjaya juga buka our own Lab di Gurun! Our work hard paid. Starting on 15 Januari 2015, kita pun berhijrah ke Gurun dan menyewa kat sini. Sweet memories thou.


Aku dan Cik bos Wani baru lepas bertani menanam pisang. hue2. Tangan panas orang kata tapi kiteorang belasah aje.



On February, kita hantar parents, abg , kakak n anak saudara kita pergi Umrah. Bila la rezeki kita agaknya ya. huhu
Surat panggilan keje ng abg jib.. huhu
Before start kerje baru aku g holiday dulu. huwaa best!
Hehe. kawan2 di tempat baru.
Sebenarnya, banyak lagi gambar tapi memandangkan aku takde mouse, susahhhh sangat nak edit gamba. Haduihh. Esok aku akan pg carik mouse satu supaya memudahkan aku nk tunaikan azam satu minggu satu entri. hihi. Ok korang Bye!

Wednesday, January 13, 2016

Review 2015

Assalamualaikum. Selamat hari ke 13 di tahun baru 2016. Selamat menghadapi umur 30 tahun... kikkiii. Akhaii dah tahun 2016 ea. Macam-macam dah jadi tahun 2015 dalam hidup seorang Farhana Nazwin ni. Blog pun makin kurang je update akhaiii.

Untuk update kali ni aku nak review semula apa yang jadi sepanjang tahun 2015 kat hidup aku ni. Hee. Ada manis, ada pahit, ada masam, ada suka, ada duka. Campur gaul gitu. 

Aku nak start dari bulan Januari. Aku waktu ni masih bekerja dengan Emas Impresif Sdn Bhd dan ofis kiteorang di Kulim Hi Tech Park. Kiranya aku menyewa di Kulim  la. Pertengahan bulan Januari, company kita berpindah ke bangunan sendiri di Kompleks IKS Keda, Gurun. Maka, bermula lah kehidupan nomad aku di Gurun. 

Ok. to be honest sesuai dgn nama dia, Gurun memang extra PANAS. haha. kalau aku call mak aku kat trolak then mak aku cakap kat sana tengah hujan, aku akan jenguk ke luar tingkap, hmmm.. terik sangat matahari ni. huhu. Rasa mcm tak percaya tempat lain hujan. Itulah uniknya Gurun.

Walaupun panas, tapi aku rasa happy sangat tinggal di Negeri Jelapang Padi ni. hehe. Mula terfikir, will I be end up berhijrah ke sini? Manaa tau jumpa jodoh utaghaa kan hik3. Hinggalah ke suatu hari di bulan Februari aku dipanggil interview di sebuah jabatan kerajaan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun SWCorp.

Tanpa ada sebarang harapan untuk dapat jawatan ni, aku pun pergi lah interview ke KL dari Kedah. Mak aku pesan, usaha selagi ada peluang kan. Walau pun susah, cuba lagi. Interview tu bulan Februari, dan pada bulan April aku diterima kerja dan melapor diri pada 15 April. 

Aku memohon untuk masuk kerja lewat iaitu pada 5 May memandangkan banyak lagi kerja di EISB aku tak setelkan. Masuk secara baik, keluar pun mesti la secara baik kan. So aku tamat kerja di EISB pada 28 April 2015. 

1 tahun 4 bulan di EISB bagi aku banyak sangat pengalaman dan pengetahuan. Alhamdulillah. Terima kasih pada bos2 EISB (ketika itu) Cik Hasnatul Hazwani Hassan dan Encik Amirul Hazwan. I owe you guys. Big time!

Tanggal 5 Mei 2015 aku mula kan tugas aku sebagai Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar di SWCorp. Aku ditempatkan di Bahagian Sisa Domestik dan Pembersihan Awam. Perangai aku ni bila masuk tempat baru mmg mcm sombong2 sikit hahaha.. 

Tapi Allah tahu kan perangai hodoh aku ni so aku jumpa kawan-kawan baru yg baik sangat kat BSD ni. Kebanyakannya muda daripada aku hehe. Dan sekarang ni dah hampir 9 bulan bekerja, alhamdulillah semua nya OK je. Hee

Dah ok pasal kerjaya. now pasal personal life. hik3. So far, aku single mingle. Belum sampai lagi jodohnya hehe. 2016 ni kot? hahah.. Apa-apa aku tau Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku . InsyaaAllah. 

Post kali ni takda gambar pasal aku update blog guna laptop jabatan..hahah.. Tengah kursus daa.. Next post aku tepek gambo riang ria aku sepanjang tahun 2015 ek. hihi. Ok bye. Assalamualaikum.

Saturday, October 24, 2015

TRIP TO LEGOLAND BY SHUTTLE BUS FROM KL PART 1

Assalamualaikum!

Huarghh. aku rasa blog ni dah jadi blog trip sbb aku nak update cerita pasal aku pi jalan je . hee. 

So arini nak update story throwback 2 bulan lepas. hahah. Aku pegi legoland woi. Tiket free woi! Untung woi! sape nak bagi hohoho.

So the whole story begun bila one of my bff Dr. Fazwani Murad ni berhia hia ngajak aku g legoland someday in August. Dia ni dentist kat Hospital Penang tau tah ke hape jadah nak turun ke JB jauh tu semata-mata Legoland kan.

Rupanya mektok ni ada 2 tiket free macam mana dia dapat malas aku tanya. Tp kena pi dalam bulan August saja baru dapat free, kalau pg bulan lain kena bayau. Mula-mula plan nak pergi 23 ogos memandangkan masa tu gaji tak berapa ada la kan so kalo g 23 ogos tu dah hampir2 gaji so OK la.

Tp si dokto gigi ni tak free injak la awal sikit 15 Ogos. Tp persoalan sekarang ni macam mana nak pergi dengan kos yg minima dan tak bazir masa memandangkan JB tu agak jahuh juga la kan. Belek punya belek punya belek sekali jumpa shuttle bas dari KL - Legoland. Bole balik hari wei! kagum aku ade service camni. Korang bole tengok kat website legoland ada info pasal ni ok. Ada satu trip je seari jam 7 pagi KL-Legoland dan jam 6.30 petang Legoland-KL. Harga RM57 one way.

Basically bus ni akan bergerak dari Hotel Royal Bintang, Bukit Bintang tepat jam 7 pagi. So aku gerak dari Ampang pukul 6.15 haha padahal dekat je takot kena tinggal bas wehh. Aku bawa back pack je sorang kan. Faza naik flight dr penang ke JB tp nanti balik naik bas ngan aku la. 

So tepat pukul 6.45 camtu bas sampai. Kena print tiket tu tunjuk kat driver. Suprisingly driver dia orang Melayu dan aku satu-satunya orang Melayu dalam bas tu. Kah. Yg lain macam2 bangsa ada, well maybe sebab bus ni pun macam baru lagi service dia so orang tak tahu sangat.

Aku duduk diam2 je dalam bas sbb get ready nak tido. Tiba-tiba driver tu datang n bagi voucher makanan sepoloh hingit. haha. rezeki, rezeki. tiket dah la free, dapat  voucher lagi alhamdulillah. Sebenarnya voucher tu untuk sapa2 yang beli tix bus dengan tix legoland sekali. Tp aku ni kan beli tix bas je patutnya tak dapat. Tp rezeki kan hehe.

Pastu aku tido je jaga2 bus tu berenti kat Yong Peng untuk makan. Dia kuar jap dr highway ada tempat rehat tepi jalan tu tp mostly kedai cina so aku beli roti je la. banyak gak aku beli sbb ingat nak makan masa kat legoland nanti. After 30 minutes cmtu bas pun gerak.

Masa bas gerak ni aku tengok henpon aku tinggal batery 10% cmtu lagi kot. duhh . bongok sgt x cas. power bank x bawa. nampak tak betapa tak readynya aku? aku kena save batery sbb nnt nak jumpa si faza kat legoland. Pukul 11.49 pagi baru laa bus sampai kat legoland tu. Almost 5 jam dr KL kan? haa jauh tak jauh.. tapi aku fikir takpe aku ade 6 jam nak main before balik. Jangan buang masa!

Sampai je kt parking, turun so kena jalan sikit ke entry legoland tu jumpa faza kat sana. Well tengok pagar dia yg banyak2 tu aku teringat USS huu bestnya USS. Masuk je faza terus ajak aku g water world sbb tu yg bestnya legoland ni. Lagipun kalau dah petang  hujan tenpat tu tutup nanti. 

Kiteorang pun jalan menonong ke depan punya jauh masuk dalam padahal water world tu sebelah pintu masuk tadi je. huhuhh buang masa betol! ni la akibat tak study before datang. So bila nak masuk water world tu kena masuk lagi satu gate. tp yg ni dia cek beg sbb rupanya makanan x bole bawak. ceh. aku cakap aku letak dalam beg masuk locker pun tak boleh. kerek nak mampos guard dia. Lastnya aku suruh dia buang je menyampah aku. 

Pastu aku terus masuk tempat salin baju dia kat situ. Pastuh cerita seterusnya nanti aku sambung ea. Maklumla aku malas. hehehe.

Saturday, September 12, 2015

TRIP KE USS PART 2

Assalamualaikum!

Hahah. dah nak 4 bulan baru nak sambung cerita . hihii. ape nak buat hidup penuh kesibukan ape yg busy pun tak tahu lah. 

Btw nak sambung cerita hari ke 2 trip ke uss ni. Dulu aku dah kabo kan tidor kat hotel kat Danga Bay. So kena naik bas dekat Pejabat travel ejen yang kitaorg ambil pakej ni. Kat area tu jugak tempatnya. so mmg sangat mudah dan convenience. Sesambil tunggu bas kiteorg breakfast roti yang beli smlm. Ye la takot kang jem ke nak masuk singapore laporr.

Bas gerak lewat 10 minit kot disebabkan masalah teknikal sikit. n punca masalahnya ialah hakuu. hahah. pedulik. Pastuh aku kan mmg tak penah jalan2 kat jb ke apa mcm jakun sikit tengok bandar dia. Maju sangat okeh. Pastu rupanya bas ni ikot link kedua. jauh sikit nak masuk singapore tapi x jem sangat sebab aku kan pegi time cuti hari buruh. Memang la sesak due2 jalan kann.

Masa lalu link ke2 tu pn bapak ah banyak gila kereta kuar dari singapore nak ke mesia. baru pukul 7.30 tuu. Btw sebelum nak ke singapore tu make sure pasport bawak.. n dalam bas tu kiteorg diberi kad imigresen. kena isi n simpan pastikan tak hilang. Kiteorg sampai kat uss tu lebih kurang 9.15. Tak bukak pun lagi pintunya. Jadi tangkap2 gambo kat globe uss tu. lepas tu kiteorg g cari breakfast ah.

Kat luar uss tu mmg ade food street. So jgn risau kalau nak cari makan halal. ado je. dieorg pun cakap melayu. ade jual roti canai, nasi beriani, nasi lemak, teh tarik. sume ade. harga pun oke je xde mahal pon. dlm 8 ke 9 dolar kot satu set. lebih kurang pukul 10 tu da siap makan n nak masuk dlm uss mmg kena beratur laaa. dah ramai org huhu. bila masuk je ambik2 gambo sikit. lepastu terus amik map kat kawasan pintu masuk tu. senang sikit nak jalan nanti kan walopun dah banyak google. 

Yang pertama sekali aku nak pegi ialah transformers. aku kalau g jalan2 ni bukan nak amik gambo sgt yg kakak n anak buah aku rajin bergambor. Kena la tunggu2 dieorg nak pose sana sini yang aku menonong nak g transformers. takot ramai. sampai2 je da tulis waiting period is 30 minute. bole la labu. beratur la kiteorg. Well, mmg betul la keputusan aku tu sebab mmg best gile transformers. hihihi. rasa nak naik lg skali je. Jadi aku nasihatkan korang kalo pegi uss terus g transformers ni kang nyesal tak dapat naik.

Sebelah transformers tu  area the mummy. ade roller coaster. Pastu kakak aku cakap eyh tak yah la naik ni. pastu aku ng ank buah aku nak try jugak walopn aku mmg x minat sgt roller coaster bagai ni disebabkan medula oblongata aku x stabil sgt. so aku mudah pening sbb x stabil. gitu. tapi rasa eh rugi plak klo x try. So.. beratur la kiteorg another 1 hour. Lepas tuuuuu. menyesal naik. scary gila aku rasa dah macam azab walopn tak sampai 5 minit naik. Kalo ade sakit jantung mmg mati dah aku atas tu huhuh. Menyesal..menyesal. kalau korang nak try jugak, silakan tp terus terang aku cakap 5 minit kt roler coaster tu was the most devastated moment of my life ok. 

Lepas tu kiteorg ke waterworld plak. Nak g tengok dinasour. Bapak best gila. naik bot yg x mcm bot pastu mula2 ok. bila masuk dalam lorong gelap tu perghh real mcm dalam movie je aku rasa. best n basah. hahah. kalo pkai baju hujan pn basah lenjun gak. kalo korg x suka nak basah2 selubung je satu badan korg tu. beg pun simpan dalam locker. sebab mmg bukan basah sikit2 game ni basah terus huhuh. tp serius sumpah best n worth it beratur panjang and lama sbb best gilaaa hoi.

Lupa plak nk cerita. masa nak naik roller coster td kena simpan beg kt locker tak bole bawa beg. Pastu tempat locker dia banyak n canggih. hahah. kat mesia takde. Kena pkai thumbprint je. Untuk sejam pertama rasanya free. Pastu kena byor. 

Ok lepas habis waterworld tu anak buah aku nak naik yg roller coster kaki juntai2 tu. x kuasa mak. aku cakap kt dia pegi la naik kiteorg g lepak2 kat cafe sebelah tempat the mummy tu. So lama gak la anak buah aku beratur nak naik bendalah tu. Kakak aku sorg g keringkan baju dia sbb lenjun lepas waterworld tu, kt situ ade mesin pengering baju ye. Aku ng kakak aku lg sorg g makan soto huhu.lapor. 

Lepas makan aku g solat kat surau. Ade surau ye di uss tu jgn buat2 lupa solat nnt kna panah petir. kena solat gak sbb kalo nk jamak takhir pn xkan sempat sebab jam 6 baru gerak dr uss nanti. Surau nya kecik je tapi ok la bersih. Lokasi kat celah2 antara roller coaster the mummy ng battlestar galactica tu. kecik je di belakang tapi bole perasan la.

Bila aku da habis solat, kakak aku g solat then anak buah aku pun datang. Die makan jap pastu die pn nak solat. Aku n kakak aku terus nak gerak ke Far Far Away nnt anak buah aku dtg. Masa nak ke FFA tu ade plak perarakan watak2 kartun ni. Best oo.. hihi cuma yang tak bestnya sebab ade watak2 yang seksi laa.

Pastu dah siap tu kite gerak ke FFA tangkap2 gambo sambil tgu anak buah aku mai. Pastu kita masuk Shrek 3D show. hee. Best gila mmg best. Masa nak masuk tu ade Shrek ng Fiona depan castle tu tp x sempat nak amik gambo org ramai sgt huhu. Lepas tu kiteorg jalan2.. ingat nak g naik bot lagi satu kt Madagascar tapi mcm ramai plak kiteorg terus ke Steven spielbierg action. Yang ni die tunjuk macam mana depa buat movie dalam studio. Memang real!

Bila keluar tu ingat nak ambik gambo ngn van diesel tp kena beratur pastu ade nak buat show plak kat situ by rockefella. Best jugak ni tengok depa nari2 semua. hemsem2 pulak tu huwaaa. Bila dah setel tu kita gerak nak g shoping barang sikit. Takde la banyak pun beli souvenier je. Harga pun xde la murah sangat huhuh. 

Dalam kul 6.30 cmtu kita naik bas semula kat tempat yg turun tadi. Balik pn lalu link ke2. Masuk imigresen semula ok je tak ramai org pun. Cuma apa yg aku bole cakap tempat imigresen singapore is wayyyy more canggih than malaysia. Huu. 

Pastu nak story sikit pasal makanan kt uss ni. Well mmg ade yang halal n ade yg x halal. korg pepandai la cari ye. Aku dlm uss lepak kat cafe kawasan the mummy tu je. Yg tu je rasanya selamat sikit. Kalo kat luar2 tu aku beli air je la. Tp kalo nak mknn lg murah pegi kat Malaysia street yg aku cerita mula2 tadi. Die luar pagar uss tapi bole je kuar jap pegi makan tunjuk je gelang uss kita tu.

So kesimpulan 3 game paling best kat uss ni ialah:

                                    1) Transformers 
                                    2) Waterworld
                                    3) Shrek 3D show

Well, ini daripada pandangan aku la. Kalo org lain x tahu. Tapi mmg korg kena pandai bahagi masa so bole pegi yg 3 ni. Wajib tau. Aku pn byk gak game aku x pegi huhuh. Nak buat cmna, masa x banyak. Nak kena tunggu semua lg kan jadi make sure pegi yang mmg betol2 best. 

Sampai Danga Bay pun lebih kurang jam 8 mlm. Terus pegi makan, naik hotel, mandi solat n tidorr. Esoknya pagi lagi kiteorg dah check out sebab nak singgah ke pesta buku pulak kt PWTC. huhuh. Malam tu pulak dah janji nak makan reramai kat Bidor celebrate besday kakak ipar aku. Gila busy. haha. Sila la tengok gambo ye.


 Ini naik benda alah ni nama die accelerator. tak best pun pusing2 je mcm menan kanak2.

 4 orang pelancong sesat

 Ni masa beratur kt water world tu beria pkai baju hujan siap2 padahal nk kena beratur lagi sejam hahah

 Puteri lilin mengada2. i tak leh panas kang cair.

 Nampak tak aku dah ghope sepohon kayu daunnya rimbun? hahah

OOTD aku mmg hancus kan pasal aku malas nak packing baju masa ni. ade aku kesah? kikii

Tq tukang sponsor lepas ni sponsor la pegi ostrolia pulak hik3

Saturday, May 16, 2015

TRIP KE USS PART 1

Hola. Assalamualaikum.

Hik3.. Update blog setahun sekali. Biasa lah.. bila makin berusia ni jadi makin pemalas hik3.

Untuk update kali ni nak cerita pasal aku pergi Universal Studio Singapore pada 1 Mei lepas. Dari tahun lepas lagi plan nak pergi nya tapi memandangkan kakak aku busy la sangat kan so tunda sampai Mei. Apa jadi pun aku kena pergi jugak masa 1 Mei ni huhu. Pasport pun dah buat siap2 seminggu sebelum pegi.

Dari bulan April lagi aku dah start contact travel agent ni, Erwin Travel & Tours. Ada budak nama Ain aku dah pernah bookin kat dia sebelum ni untuk kawan aku. Harga pun boleh tahan, RM350 untuk 3 hari 2 malam. 

Pakej ni termasuk 2 malam hotel, tiket masuk ke USS dan tambang bas jb-uss-jb. So total 4 adult RM 1,400. aku bayar pun lewat macam lagi 10 hari nak pi baru byor huhu.

Aku gerak dari Trolak dengan Acik n anak buah aku Linda hari khamis, 30 April. Terus ke KLIA pick up kak amy dulu. Masa tu awal lagi dalam pukul 11, jadi aku tanya kak amy nak pergi ziarah kubur abg roslee ke memandangkan awal lagi.

So kak amy pn kata ok kita pun gerak ke Londang. Jalan pun ok, tak jem sangat. Sampai dalam jam 12.30 mcm tu di Londang. Lepas ziarah kubur, kita pegi jalan pantai kejap, makan rojak, selfie. hihi.. 

Then tiba2 aku teringin sangat nak rasa coconut shake klebang yang glemer tu. Sedap sangat ke. Jadi bermula la misi mencari coconut shake original klebang pulak. Pakai google maps aje senang je jumpa sebab tepi jalan aje.

Lepas dah selesai acara mkn2 kat coconut shake klebang tu kiteorg pun teruskan la perjalanan ke JB. Jauh hoi jb tuuu macam nak pergi oversea jauhnya. huhu.

 Masa pergi aku yang drive yang lain tido kroh3 je. Ceh. Berenti rehat solat makan kat r n r Pagoh lama jugak. bagi segar balik sebab aku ngantok.

Sampai kat jb dalam jam 7 jugak.. jem la org balik kerja kan.. pastu misi mencari Hotel Zoom In kat kawasan Danga Bay pulak.. Actualy senang je nak cari sebab macam tepi jalan aje tapi lahai susah nau jalan kat jb ni. 

Simpang siur la jugak. Bila dah jumpa je kawasan tu aku pergi ke pejabat Erwin Travel & Tours tu dulu nak ambik tiket uss tapi tak sampai lagi la pulak. So terus check in hotel je. Mandi n solat dulu.

Hotel Zoom In tu dekat je dengan Pejabat Erwin Travel ni. Kira dalam satu kawasan yang sama aje. Jadi mudahlah sebab esok pagi kita kena naik bas kat depan pejabat Erwin Travel tu. Hotel ni ok la.. Katil pun selesa, ok la dengan budget. 

Nama pun boutiqe hotel kan. Ade tv, sofa, dan bilik air dia.. hmm transparent u olls. Maybe nanti kalau aku kena stay jb ke hotel ni aku akan pergi lagi sebab kawasan dia convenience, parking mudah, kedai makan pun banyak. kedai runcit pun sebelah hotel je. Memamg ok la bagi aku.

Malam dalam pukul 9 mlm kita keluar pegi ambil tiket uss n menuju ke city square. Sebab ingat nak tukar duit dan cari mknn sikit. Aku plak yang kena drive kan pastuu jalan kat jb ni mcm kat bukit bintang jem nye la hoi stress aku. 

Aku main parking je tepi jalan sambil doa xde jadi ape2 kat myvi ni ha. Ye la kan tengah femes myvi langgo orang kat duke tu huhuh. Jadi makanya dapat jumpa money changer rate 1 singapore dollar = RM 2.70. Aku tukor 100 SD je biasa la kata pegi nak main je bukan nak shoping.kikii. 

Lepas tukar duit ingat nak cari makan sekali xda apa yang menarik so kita decide nak balik makan kt Singgah Selalu, berhadapan dengan hotel je. Kita pun makan la dengan lahapnya, lapor kan.

Lepas makan, balik hotel and tido je. Ok tu je kot nak cerita entry ni. Next episode sambung perjalanan ke USS pulak. Layan la gambo ok.

 Menziarah kubur arwah Abg ipar, Allahyarham Roslee Mat Jidin

Jalan2 di pantai Pengkalan Balak


Yeayy berjaya jugak sampai Coconut Shake Klebang

Tak sedap sangat pun coconut shake nye. biase2 ajee

         Katil hotel. Menarik gak la tulisan kat belakang tu.. tapi aku xde masa nak baca. haha

Ade tv mula2 ade tv3 je rupanya astro pun ada, malam kedua baru tahuuu. cet

Wednesday, December 17, 2014

My 28 bithday at hotel seri malaysia, kangar

Testing tulis blog kat henfon. Currently im at hotel seri malaysia attending 1met fama course. Huhu. Disebabkan aku lapar so aku update blog.. yg dah berabuk bersawang ini. Hew3..

This is my first time staying here. Hotel seri malaysia located near bangunan undangan negeri perlis. Im not sure this hotel is 3 stars or 2 but it just fine. Definetely x mcm equatorial penang yg aku stay last week.

So yesterday was my 28 birthday.. hee. One year older. So heppy birthday to me! Hee. Later update balik. Bye!

Monday, July 7, 2014

Buffe Ramadan Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelek

Assalamualaikum n selamat berpuasa. heee

Puasa ke korang? nampak mcm segar je tu.. kekee.. yg perempuan tak apa kalo cuti puasa tapi yang lelaki tu jangan coba-coba yaa?

Aku punye azam puasa tahun di samping nak lebih tingkatkn amal ibadat, nak cuba la juga turunkan berat badan ni. Hoi, dah berat gila aku tahu takk?!! stres, kurang keyakinan diri dan rasa down membuatkan aku nekad nak kurangkan makan aku. Lagi pun untuk kesihatan ye dak?

For the first week puasa boleh la turun dalam 1 kg . hihii. just kurangkan amount makanan saja. nasi aku amik jugak, cuma dalam portion yg kecik. lepas tu masuk hari ke 7 aku pi makan buffe ramadan, kakaaaa. habis diet seminggu pasal aku pegi balun sume makanan yg sedap-sedap kt situ. hihhi.

Cerita pasal buffe ramadan ni, aku pi mkn kt Puncak Mutiara Cafe, Sg Pelek. Hah, memang dari dulu lagi nak try makan kat sini. Smlm dah alang2 kawan aku si Dr Fazwani ajak aku pn on la. Abg aku penah pi makan sini dia kata mmg full house sokmo. better call untuk buat reservation dulu. Pastu aku pn call no ni 1-700-819-595 buat reservation for 2 pax , buffe ramadan. 

Memula aku dngar harga per pax rm24.90. sekali ko masa nak bayau rupanya rm49.90. hahhhaa.. nasib baik wanita bekerjaya. tak kesah lah bayau berapa pun khenn. hahaa ayattt. aku tak tahu jalan nak pi ni so kite gerak awal sikit dalam kul 6 dr masjid seberang jaya. memang x tengok maps ke apa main belasah pi je. 

Pastu masuk sana sini sampaii juga ke simpang nak ke sungai pelek tu. direction nye senang gila. Dr highway utara selatan, korg masuk BKE. lepas tu bayau tol rm1.60 n depan tu kuar ke susur kubang semang. staringht then amik kiri. straight lagi sampai korg nmpk masjid sebelah kiri n mobil sebelah kanan then korg amik kiri n straighttt straightttttt lagi smpai nampak signboard ke guar perahu. ikut je n korg akan lalu sek keb penanti. pastu depann sikit lagi akan nampak signboard besar kg pelek. masuk situ , lalu jalan kampung dalam 1 km akan smpai ke restoran tu kat hujung jalannya. 

Untuk ramadan ni restoran tu buka dari 5 ptg - 5 pg. hmm masuk je pagar dia mmg korg akan rasa kelainan dengan ada kolam-kolam ikan, ladang kambing, suasana kampung betul lah. sempat la aku selfie hihi. die ada mknan ala carte n buffe. kiteorg mkn buffe so kena jalan dlm sikit untuk sampai ke meja tu. btw layan la gambar-gambar mknan yang ada tuuu. kiteorg x mkn banyak hoi x muat perut laaa








Kalau korang nak rasa kelainan kan, try la puncak mutiara nie. kalau x sempat masa ramadan ni, try la bukan bulan puasa. Aku memang akan datang lagi lepas ni !!

Monday, June 2, 2014

Dua hari satu malam di Taiping

Assalamualaikum!

Hehe. Lama tak update ! manusia pemalas laa aku ni . Aku ni kan orang negeri Perak darul ridzuan. Lahir kat hospital Tapah, perak. Sekolah tadika, rendah n menengah semua kat Perak. Zaman Uni je kat Selangor. Kampung parents aku pulak kat Selama, Perak . N saudara mara semua ramai di Batu Kurau, Kuala Kurau, Taiping dan bahagian-bahagian utara Perak ni la. 

Taiping, korang tau? hah. salah satu tempat menarik kat Perak ok. Tapi secara jujurnya aku sendiri sebagai anak Perak tak pernah pegi menjelajah Taiping tu. Huhu. Ada apa kat Taiping? ada zoo ok. Zoo. Negeri korang ada? kat mesia ni ada 3 tempat je ada Zoo, Melaka, KL and Perak. haa. Bangga tak bangga kan?

So weekend baru ni aku pi Taiping nak lawat cousin dan saudara sebenarnya. Tp kawan2 aku nak ikut pulak so bawa je la dieorg sekali. Aku gerak dari Kulim on saturday 31st May , booking homestay Seri Taiping di Tmn Jana Setia. Mmg lucky dapat book homestay tu sbb time cuti sekolah kannn. RM200 per night and OK la rumah nya. lengkap dan sesuai kalau nak bawa keluarga.

After makan gerak ke Taiping dan sampai ke rumah cousin aku dalam tengahari, then gerak ke homestay dan rest dulu. Lepas asar gerak ke Changkat Jering rumah Mak sedara aku then terus ke acara pertama iaitu Pasar Malam Changkat Jering. pehh best antara pasar malam yang aku suka pegi sebab banyakkk orang jual sate, lemang , ketupat bagai . Harus pegi kalau singgah Taiping ok!

Dah tu balik homestay , makan n solat. Dalam pukul 9 malam gerak ke zoo Taiping. btw zoo buka start 8 malam hingga pukul 1 pagi . Ini untuk night safari, kalau siang orang panggil zoo taiping. masa memula beli tiket and tunggu train tu mmg mak ai ramai manusia rasa macam tak dapat dah nak naik tren ni. Tunggu dalam 10 minit then Ok la tren sampai and banyak juga tren tu. dapat laa naik tren. Tapi yang kena tahu malam2 masuk zoo memang laa binatang tu tidor semuanya. ada beberapa ekor je berjaga kann. tren tu pusing2 dalam half an hour pastu boleh jalan sendiri. Dah setel tengok2 haiwan tu kiteorng pun balik tidoo. Esok nak bangun awal pi Bukit Larut plak.

Kul 6.30 bangun subuh n breakfast and gerak ke Bukit Larut dalam pukul 7.30. Awal kott sampai sana tak sampai pukul 8 lagi n tiket tak ada dah nak naik jip tu. Oh nooo. tu la jalan2 time cuti skolah. mmg nasib. So kiteorg decide ambil tiket pukul 11 pagi dan turun pukul 1 tghr. dia ada banyak trip sampai petang. setiap jam ada, so kena lah pilih time yang lewat sikit.  Jadi kite kena check out siap2 lah before naik. Pastu kita ke taman tasik taiping jejalan situ skit . Beli breakfast then balik rumah kemas barang check out siap2. 

Laju aku bawak sebab masa tu dah 1050 am dah sampai je terus lari2 pergi jip. kah3. tengok x ada orang pun lagi kat jip tu ha. pastu naik lah aku ng 2 org kawan aku. Jalan naik ke atas tu sumpah lahaiii korang jangan le makan nasi before naik. Boleh muntahh. trip naik atas lebih kurang 30 min juga la. ohh nak naik tu tiket harga RM6 for adult and RM3 for kid. mahal ke? kalo mahal boleh naik kaki sendiri daki, xda masalah.

Sampai atas sana tu, hrm . bukan lah nak merendahkan negeri sendiri tapi tak ada apa sangat pun. pemandangan gitu2 je. Lagi kan cuaca bukan cantik sangat jerebu bagai . Tapi ok la, kalo nak cari kelainan. Aku duk atas tu dalam sejam lebih juga la. kul 2 baru naik trip turun pasal tadi yang patut trip aku turun dah penuh. sabar je lah. 

Turun ke bawah tu memang adventure sikit pasal hujan. then ada masa satu selekoh bahaya tu jip kita bertembung ng jip yang nak naik hah amik kau langgar depan tu aku dah la duk sebelah driver pucat lesi muka aku depan aku ade gaung macam jurang mariana tu dalamnya. kalau laju sikit jip tu tadi mmg tamat dah riwayat aku di bukit larut . dah abis scene tu pakcik tu gelak2 kata ala biasa la ni sikit je ni accident selalu teruk lagi. Peh pakcik, gaung depan aku tu tau gaung kalau terjunam mmg takde ampun ok? 

Dats y i ols nk cakap, kalau nak naik bukit larut tu pikir la dulu sebab jalan mmg bahaya. kalau boleh senior citizen or budak ke takyahhh laa bawa naik pelisss. budak2 kecik tu pening tuuu, nangis je budak yg dlm jip aku tu, kesian dia . yang mak pak budak nak seronok je. 

Sampai kat bawah tu, kwn aku yg tak naik tunggu dah. so terus masuk kereta n kita terus gerak balik Kulim. stop kat rnr bukit merah makan n solat semua. sampai kulim jam 5.30. bawah ni ada gambar2 boleh tengok yaaa 







Monday, March 31, 2014

The Very Last Msg

its been a while since my last post. ketahuilah bahawasanya banyak benda yg bermain dalam kepala. nk tulis, nk cerita tapi. malas. malas. penyakit yang tak ada ubat kecuali mati. dan blog ini cuma akan dianakkandungkan bila tgh susah hati, nak bercerita n berkisah. bila masalah habis, dah ceria gembira maka blog ini akan dianaktirikan semula..

but since aku kadang2 perasan ada hit masuk blog ni, jadi, ada la org yg sudi baca ye dak? hihi. tak sangka tau.. thanks la kepada sapa yg sudi baca ni.

Anyway, tadi aku ckp akan tulis blog bila susah hati kan? hm. let me ask u this. what will u feel if korang dapat tahu orang yg korang sayang akan bernikah, just malam sebelum dia nikah? what will u feel? betrayed? heartbreaking? rasa nak mati? golek2 badan kat railway station tunggu train dtg gilis?

YUP. thats how i feel. A week ago laa. been with him for 5 years. since I am 23. korang bleh kira la umur aku kn? ces. I dont know why I cant see its coming. weh nikah wei. nikah. benda besar kot apsal aku boleh tak perasan. Just a night before nikah i really heard it from his mouth. klo b4 that just mcm gurau2, lawak2. How would i know it was a serious matter u dumbass!! you should give me the invitation card, n I can kill u first before the majlis. 

To be honest, I was like meroyan jga la for a few days. this was the second time i break up. but this is bad laaa. I even ask him to cancel the nikah thing! oh maiiii gaddd. stupid me. benda ni mcm tengok dlm drama n i will said to org yg kena tinggal tu 'woi dah la move on, org da xnak, dh kawen pn jgn la buat muka tak malu lagi!'

Hah. bila kena kat batang hidung sndr, u will know how its feel. Move on? apa tu? tak tahu?

I never want to disturb anyone marriage but I am hurt. i kept text him even after he became someone husband. T.T stupid me ey? trust me. its so hard. HARD. i need time. Until his last msg he ask me to go kill myself and never come back.

Period.

What? Come again? yes. he said that. he even said that he already slept with that girl so i can back off. 

That moment I feel like been slap hard. by anynomous. hehe. Whyyy I should cry because of this kind of creature, O Allah. Now I can find the hikmah of this thing. I can forget him easily just because of that last msg. Enough said.

Friday, November 22, 2013

Gangguan ..

Hai.. been a long time since my last time log in here. haeh. many things happened. just wanna share a thing that happend to me recently. well its quite mystic and unbelievable. but, believe it or not it is true babe. you know all those thing from the past. saka, pendamping, anything you call those thing. 

The story began early of November. I started work at Shah Alam on 25 October. So sempat la kerja seminggu huhu. The next Friday after went back to Ampang after work I got a strange feeling when I was driving. I dont know what it is. Just something. So at night I slept without blanket (jarang sangat2 tidur x tutup kaki) So, I was awake at the middle of the night and just shivering feel so cold and the wind is blowing. I woke up just to find the blanket and then sleep back till morning.

At the morning i woke up with a headache and feel like want to got fever. So cold but my body so warm. I try to get some medicine and sleep but things just going worse. So my mom ask my brother to bring me back home (umah mak ayah der).

So at my hometown there was my sick tok (grandma) I know that tok is undergo a rawatan Islam about all those things I said above. I dont know that I am gonna be the next target. Those thing want to find a new master. hurm. I was weak at that time. I remember it was after magrib 1 Muharam 1435 H. I felt strange. I heard the 'ruqyah recitation'. Then I fall and start to scream. 

After then I passed out. Didnt remember a thing. Well literally I was awake but I am sure thats not me. I am even want to choke myself to dead! huhu. My brother called an ustaz to treat me. I heard that he recite a few ayat from Surah Hasyar. But most of the time I just scream and said a thing that I dont want to.

I fall after Isya and just get sober about 1 am. After the ustaz bath me with ice! Sejuk gilaa. huhu. And now I am still not fully recovered and need some time to do the treatment. This is the test from God to me and my family..and I accept it.. I know Allah know better.. 

Monday, April 29, 2013

First Time Interview SPA

Assalamualaikum kawan2!

Dalam kerancakan PRU yg x sampai lg seminggu ni, ada sesuatu yang harus aku lalui. Huhuh. 

Last week which is on 24 april 2013, aku ada interview spa. First time weyhh. haha. Mmg x pernah dipanggil pun utk interview, pelik juga. hhehe. n Alhamdulillah laa dpt jg panggilan spa tu even just interview. Ye lah.. pengalaman tu penting. Dapat x dapat tu terpulang pd rezeki. (Hope dapat la..huhu)

So I got an email a week before. sebagai makhluk yg pemalas haruslah aku selesaikan dokumen2 yg die nak pada pagi interview tu. Baru nk copy sijil bagai, print resume. Adik2 semua tolong jangan tiru aksi ini. If ada dpt interview spa tolong prepare awal2 ok. (Menyesal) =.="

So, sampai kt blok C putrajaya tu dalam kul 935 am. interview kul 10. Ha kau dh menggelabah cari parking. Nasib baik ade abg guard tu tolong aku kasi parking kt tempat staf. haha. Tq abg guard! So i went straight tu level 6 berdebar2 kau first time katakann.

Sampai je, masuk dewan temeduga tu adoyh laaa ramainya manusia mcm mana nak beat ni. huhuh. Dh bg dokumen semua, dapat nombor 2019 di bilik M. masa tu tgh interview calon 2014. Tunggu la juga dalam sejam gitu. Kul 11 sampai la turn aku. Jeng jenggg.

Nk masuk bilik tu, ketuk pintu dulu. dah masuk bg salam. paskan sijil2 semua pada interviewer. Ada 2 org lelaki, sorg mcm senior sikit yg lg sorg tu mudaaa. so die jemput aku duduk. Mcm biasa kenal2 kan diri aku. Then die tanya aku mengundi mana, siapa nama calon n bla2. Ok aku buat perbualan sikit kt bawah ni ya. 

Interviewer: So, what your opinion about FGV?

Me like.. what the heck is fgv about? I dont know little bit about dat. shit. Tanya la pasal hidupan liarrr. 

Me: Erm er. (gelak2 sikit) I am sory i didnt realy cover about dat since i didnt expect u to ask that. (gelak2 x bersalah lagi)

Interviewer: (sambil senyum nganjing) its ok I just ask since u so proud u are from felda. 

Ok fine !!! rse nk sumpah diri sendiri jadi batu masa tu hahaaa. dem. x boleh jawab ok!! argh takpe2 mase tu cool je. then sambung lagi.

Interviewer: So wat do u think bout the political scenario nowadays?

Me: well.... (hah ni takyah la tulis. aku kalau dh dpt bercakap mmg x berenti laah. speaking berabukk)

Lepas lebih kurang sepuluh minit cakap pasal 'political issue' tu.. baru la soalan berkaitan jawatan yg aku pohon. 

Interviewer: Jika ditawarkan jawatan ini, apa bidang yang awak rasa awak boleh buat?

Me: (memula jawab merapu.. haha) Well.. since saya berpengetahuan dlm bidang microbiology saya boleh preserve this kind of animals by doing research. Contohnya... bla2....bla... (bercakap tanpa henti)

Apa yang boleh aku simpulkan la. Dia mmg nak tengok ko boleh jawab soalan atau tak. Tapi yg lg penting ialah kau confident atau x nak jawab soalan tu. kau boleh senyum tak even dia tanya kau bnd tahape2 n masa ko dah tak boleh jawab soalan, kau down ke or remain cool. Tu yg penting!!

Few tips aku leh kasi 

1. Prepare awal plssss. Bawa semua bnd yg rasa penting.
2. Breakfas ringan2 or else kau akan rasa nak termuntah akibat nervous.
3. Bawa air mineral. Can calm you. huhu.
4. Dlm emel yg spa bagi akan bgtahu dokumen yg perlu dibawa. SILA SUSUN DOKUMEN TU IKUT SUSUNAN DALAM EMEL or SURAT YG DIA BAGI TU. ini nampak kecil tapi besarrrr impactnya. 
5. Pakai baju simple tapi elegant. jgn pakai yg beria2 bling2 sgt lahh especially pmpn. 
6. Kalau nervous sgt2 jalan je dlm dewan temuduga tu. X ada sapa kesah sbb semua pn nervous hahah.
7. Kalau dh tahu nombor dh dekat nk dipanggil, duduk dekat2 sikit ng bilik temuduga tu. pgil je terus kau masuk. 
8. Be cool, duduk jangan menyandar, tangan jgn shaking, senyummm sokmo.

Ok la tu je, gambar takde since mcm tahape2 je interview so x ada mood. ahaks. Bye

Thursday, April 25, 2013

3 Hari 2 Malam di Pantai Pengkalan Balak

Hai kawan2 Assalamualaikum!

Last weekend I went to Masjid Tanah , Melaka. ada kenduri arwah abg ipar yang ke 40 hari (al-fatihah). So I stayed in chale near by pantai pengakalan balak. Before this memang agak tak berapa tahu sangat pantai2 yang ada kat negeri Melaka. Tp sbb kali ni datang beramai2 dgn ahli keluarga dan sebagai manusia yg mmg bekerja dalam bidang pelancongan ni, aku lah yang ditugaskan mengarrange perjalanan ini.

Aku gerak dr KL ptg jumaat lah lepas kerja, jalan jem itu perkara biasa, layankan sajaa. Aku gerak dalam 6.45 pm dan sampai di Masjid tanah dalam 8.45 pm. Orang perempuan bawa kereta haruslah berhemah dan cermat ya? Memula singgah rumah mertua kakak aku dulu, makan sate. ya rabbi sedap gila sate dia. terbaikk! memang aku akan dtg lg makan sate huhu.

Then gerak ke chale Teratak rehat atie ira chale d pantai. ambik kau memang panjang nama dia haha. So rate kat sini ok la. Untuk bilik kayu (kipas) RM 70 per night dan bilik aircond RM 100 per night. Aku stay bilik air cond, harus lah kann. kite amik 3 bilik air cond n 2 bilik kayu.Kak CT - 019-331 0885 / 012-658 2561.

So far ok la, memang betul2 tepi pantai. jalan kaki 20 langkah je dh sampai. dalam bilik ada lah katil, tv. almari, peti ais kecil, bilik air n heater. Ok la semuanya just pintu bilik air tu dia tak pasang betul2. huhuhh. betul2 depan chale tu pula ada kedai makan, so selamat lah tgh2 lapar nasi beli la nasi goreng balik malam tu tidoo.

Sebagai pengurus acara mmg aku bgn awal2 lg keluar pg pantai terus lepak lepas subuh. Masyaallah view mmg cantik. nnt tgk gambar aku share ye. Then bila manusia2 tu dh bangun kena la pulak aku pg beli sarapan. pepagi buta mmg x banyak kedai buka dh so aku kena drive menghala ke pantai tg bidara pulak,  br byk kedai dh buka.


Ni dalam kul 650 am


Dh cerah sikittt


matahari dah keluar


subhanallah..


ada matahari, ada pelangi

Dah sarapan semua berendam kejap kt pantai tu. mmg seronok la wehh. lama x mandi laut kot sbb kalau balik terengganu mmg tak berani mandi laut dia bahaya kann. then dalam kul 1030 am dh gerak bawa along dan abg long ziarah kubur arwah abg roslee kemudian singgah kejap ke pekan masjid tanah beli belacan la, gula kabung la, kuih muih la. Nice jgk la barang2 dia..

Pastu straight ke rumah kenduri tolong2 bagai dekat 6.30 pm baru balik. kalo ikutkan mmg nak balik KL terus tp penat lahh. so stay lg satu malam kat chale lain pulak sbb chale td dh penuhh malam tu huhuh. Ni aku stay chale sebelah dr chale mlm smlm je pun. Chale Pantai Suria - 0122223880.

Yg ni rate die murah sikit untuk bilik air cond RM 90 per night. myb sbb bilik die tak ada peti ais, almari n heater so murah skit. hee . tapi x kesah la pun nak tido jeee pn kann. pg esok aku dh bgn lewat kanak2 tu dh masuk dlm laut punn.

Aku pn ape lg mmg berendam laa huu best weeii. lama tak rasa best mandi laut pg2 . mandi2 makan2 by 11 aku dh check out dah nk balik KL, penat oii...



nengok je le makhluk2 ni mandi

 banana boat ponn ade


For those yg teringin nk escape from kota metropolitan ni sila lah ke pantai ni. mmg aku akan pegi lg plus harga chale pn sgt ok kan. Naik highway KL somban kuar kat simpang ampat ambil kiri menghala ke alor gajah. then amik je sign menuju ke pengakalan balak/masjid tanah. senang sangat . dah sampai masjid tanah straight je sampai jumpa roundbout, straight lagi sampai jumpa signboard pengkalan balak . Chale nya dekat2 situ sahaja. From tol simpang ampat ke situ mmg agak jauh la dalam 45 minit tapi memang berbaloi2!!






Tuesday, April 2, 2013

Update 4 bulan sekali =p

Assalamualaikum

ya allah hai lamanya la x bukak blog. huhu. penyakit malas ni semakin berleluasa ha mcm mana nak berubah menjadi lebih rajin ha?

Kalau nak ikut kan banyak gilaaa benda nak story. benda2 baru tp memandangkan i duk ng kakak i n kat rumah tu i  x pasang internet jd kayaknya susah sikit nak on9. huhuh. Tengok le kalu rajin i pasang la internet ok.

Well untuk tahun 2013 ni aku dah nak masuk 27 ya adik2 kawan2 semua. masih bujang kikiii. Ok la pasal cinta ni malas eh mak nak story.

Nway banyakkkk tempat baru aku pergi untuk tahun 2013 ni ha. I'll update lain kali yek pasl tu. kalao x salah aku ada lg entry ke Padang aku x habiskan. pastu ke beijing pun satu harammm aku x cerita. miahahhaa.
Pemalas!

Org tengok aku byk holiday sana sini kemain mcm byk duit padahal ekekee. Org bujang kan beli tiket flight rega seratus dua pastu bwk diri je laaa jalan sndr. ye dak? dah berlaki lain lee. Aku dh xnak berjanji nk update blog selalu sbb aku pn tak tahu bila lagi ha nak update ni?

Doakan la semoga aku diberi kerajinan yang melimpah ruah. eheh. Aminn! Nak amik gamba latest kat Kuching bebaru ni aku pergi . Bye

Monday, December 24, 2012

Lima hari Empat Malam di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia


Assalamualaikum!

Tajuk x boleh belah.

Hiks dengan semangat berkobar-kobar harimau malaya aku update blog ni. dah janji kan nak semakin serious dalam arena pembloggan ni. haks. puii.

Korang tau x aku kerja apa? tak tahu kan. Ha, meh sini nak bgtahu. Aku kerja di sebuah travel agensi sebagai Penyelia. Jadi bila sebut travel mesti korang kata, bestnya leh jalan free, kan?

Korang salah. Memang la aku boleh pergi sana sini free tapi pergi kerja ok. bukan pergi makan angin. Tanggungjwab tu besar. Kat luar negara sorang kena hendel trip. Apa-apa masalah kau pandai2 sendiri.

Ha. Ingat senang? Tapi alhamdulillah, rezeki aku untuk tengok negara orang. Jadi untuk entry kali ni aku nak cite pasal trip aku ke Padang & Bukit Tinggi bulan 9 haritu.

Sebenarnya ini trip kementerian pelajaran. malas aku nak cerita permulaannya. Cut it short aku dikehendaki bawa rombongan ni bermula 23-27 September.

 Yang join trip ni, dua orang pegawai kementerian pelajaran, lima orang cikgu dengan empatblas student smk convent kajang. bawak budak sekolah..uhuk.

Flight pergi pukul 7.50 pagi ha kau aku pukul 4 pagi dah ada kt LCCT. risau kan nak uruskan check in semua. Ada la masalah sikit tp overall semua ok dan selamat smpai Bandara Padang pukul 750 pagi waktu Indo.

 Indo kan lambat sejam drpd kita. Dekat je Padang ni, lebih kurang 45 minit je naik flight. Sampai je mmg dah ade tour guide tunggu nama Pak Wem. Jadi dah setel semua terus naik bas nak menuju ke Bukit Tinggi.

Perjalanan patut nya amik masa dalam 2 jam kalau terus je tp sbb otw tu akan ada few tempat yg akan disinggah so ptg la baru akan smpai. Bukit Tinggi ni ala2 Cameron Highland la jalan nak pergi sana memang berbukit bukau gitu.

Lepas brekfes terus kan perjalanan then singgah kat satu tempat air terjun nama Lembah Anai. Benti amik gambar gitu2 je la. Bebudak sekolah tu laa excited. baru nak up kann. huhu.

Air Mancur. haha mcm lucah bunyinya!
Then ada singgah lagi satu tempat jual-jual kain ke apa ntah. ramai la juga yang memborong kann aku layankan aje lahh. Pastu lagi ada singgah kat tenpat ukiran2 gitu la tak menarik sangat pun. haha tapi sebab ade dlm itinerary kan.

sopink je la.

ukir-ukir

Padang ni orang kata bandar berkembar ng negeri sembilan. So mmg nyata la unsur-unsur minangkabaunye. Yang rumah nya mmg macam bumbung kat nogori sana tp lagi banyakkk.

 Jadi ada singgah satu rumah gadang ni, tengok gambar kat bawah ok. gadang maksudnya besar. kat sana satu keluarga akan tinggal dlam rumah ni. Pastu ade la adat-adat yang kena ikut. Ntah aku x dengar sgt explaination dr akak tu, ngantok le. banyak tangkap gambo je.

sebenarnya bosa ni. next post aku tnjuk

Pastu lunch makan nasi padang, nasi padang ni macam banyak gila lauk die serious. tapi dalam piring kecik. dan dia cuma akan kira lauk yang kita makan saja. kalau ada lauk sikit yg ko usik2 amik kuah pn akan dikira juga ok.

Aku makan je laa semua ape ade rasaa. dah masuk lam pakej kan. haha. pastu gerakk lagi ke bukit tinggi. sepanjang perjalanan tu mmg cantik la view dia sbb kawasan pertanian kan n sayup2 nampak laa gunung merapi tu.

Sampai hotel da petang. setel check in masuk bilik semua aku tido lalu. haha. penat woi.



ini kat depan gunung merapi

Lain kali aku sambung boleh? Penat lah. Bye.