Monday, October 8, 2012

First time buat pasport ~


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Huhu. Pasword untuk blog ni pun jenuh nak ingat ha. Sebab tu la update pun berbulan sekali. dah berhabuk-habuk puihhh puihhh. **tiup-tiup habuk.

Baru-baru ni aku pergi buat pasport. dah umur 26 baru nak buat pasport khenn. hihi. Aku buat masa hari Khamis , so pagi-pagi aku dah gerak dari Ampang sebab aku buat kat presint 14,Putrajaya sana. Rasanya pukul 6.45 pagi aku dah gerak n sampai sana dalam pukul 7.20 . Aku ingat aku paling awal sekali masa aku ambil nombor giliran , masa tu aku tengok jam pukul 7.37 pagi and aku punya nombor is 24 ! Adoi .. yang dapat nombor awal-awal tu pukul berapaa la agaknya dieorg datang ye.

Masa ambil nombor tu aku tanya kena isi borang apa-apa ke then org tu ckp tak perlu. Just kena ada gambar ukuran pasport sekeping dgn salinan IC ..Aku pn terus la duduk tunggu sampai kaunter bukak pukul 8 pagi.

Bila kaunter dah buka tu makin ramaiii orang datang. nasib baik takda kena isi borang ke apa. kalau tak mesti lagi sesak kat situ..Yang bawak anak kecik la, orang tua la. nasib baik jugak laa aku pergi awal kalau tak memang x sempat sebab pukul 10.30 pagi tu aku dah ada appoinment kat KPM.

Tepat pukul 0850 nombor aku pun dipanggil. So aku pergi la kat kaunter akak yang manis tu bagi salinan IC dengan tunjuk IC original. kasi gambar pasport aku tu, letak ibu jari kat mesin pengimbas tu . Aku rasa tak sampai 5 minit dahh siap ! Now tunggu nombor dipanggil untuk kaunter bayaran pulak.. RM100 untuk tempoh pasport selama 2 tahun. RM200 untuk 5 tahun kalau tak silap aku.

Lepas tu pukul 0915 nombor aku dipanggil untuk buat bayaran. Then akak kaunter tu kata lagi sejam datang ambil pasport . So, aku pun tak mahu nak sesak kan lagi keadaan yang memang dah sesak gila kat situ aku pun decide nak pegi cari kedai nak makan dulu. lapar kot ..

Dah makan-makan siap semua aku pergi balik kat tempat imigresen tu . Tepat je pukul 1015 aku terus pergi kaunter serahan. Tak sabar woi nak tengok pasport aku. HAHA. and ini lah hasilnya..



Hehe. Siap dah. Jom pi jalan !!!

Thursday, August 16, 2012

Tips Pemandu Selamat dan Hebat

Hai kacak2 sekalian . 

uhuh. dah 27 Ramadhan. Lagi 3 hari je nak raya. Tapi disebabkan dah besor panjang ni terasa sedih sebab bulan ramadhan dah nak habis .. bukan mcm masa kecik2 dulu, terkinja-kinja nak sambut raya .

So far untuk persiapan raya semuanya hampir siap dah . Dari baju tudung kasut semua dah ada. Cuma handbeg baru tak beli lagi . tengok laaa kalo sempat. Aku yang sbenornya tengah risau, pasal minggu ni cuaca x menentu.. hujan je. Sebab aku nak balik trolak tghri jumaat neh . Aku rasa dah confirm2 jalan jam mahutt kan ? Risau la walau pun jarak KL-Trolak tu x jauh mana tapi aku penah kut stuck dlm jam almost 6 jam masa chinise new year aritu . gilass. Tapi kakak aku dh bg cadangan kiteorg nak ikot jalan lama je if traffic jam kan. If x, ikot highway lah.

Aku belek2 la blog td and jumpa few tips yang aku rasa sgt2 berguna untuk pemanduan semasa musim perayaan ni. eceh guna bahasa skema la kan.. Nah korang baca dulu ni .


Untuk perhatian semua..pemanduan melebihi 110km/j di lebuhraya ada baik dan buruknya..walaupon semua ngerti yang ramai akan memandu lebih 110 km/j so ini ade beberapa tips untuk memandu laju ala-ala autobahn..
1) Pastikan kedudukan badan tegak dan bukan ala-ala sandar belebihan masa drive lebih 110 km.j sebab refleks akan lebih cepat kalau kedudukan duduk bersedia..
2) Pastikan jarak antara kereta (ketika hujan) ialah 2 unit kereta kancil di hadapan anda…anggaran sahaja ok, so kalau brake emergency pon..anda masih ada peluang tipis untuk brake dan ABS Auto-lock Braking system masih boleh berfungsi dan calculate weight-force ration untuk berhenti…
3) Kalau ade lopak air di highway, cuba elakkan..kalau tak boleh elak, pastikan DRIVE TERUS TANPA MEMBREK di atas atas atau 2 meter sebelum lopak air tersebut..ini akan mengelakkan kekeliruan pada sistem ABS kereta anda semua..pastikan kedua-dua tangan lekap di stereng dan kemas..stereng anda mungkin cuba ke kiri dan kanan..tapi HOLD FIRM dan terus..kerana sistem ABS akan me,baca pergerakan stereng anda, kelajuan tayar dan arah tuju kereta anda sekaligus..so BANTU ABS untuk membantu ANDA..
4) Jika anda memandu laju di Highway PLUS dengan kadar 140 km/j atau 160km/j..dan anda dapati ada kereta dengan kelajuan rendah dari anda contohnya 110km/j..anda JANGAN FLASH KAN HEAD BEAM LAMPU ANDA bila sudah dekat..pastikan terus memasang LAMPU SIGNAL KE KANAN untuk memotong dari jauh lagi..ini kerana di lampu signal berwarna kuning dan lebih nampak dr headlights anda (dan sesetenagh anda pakai HID plak,lg tak nampak)..tambahan cara ini lebih POLITE MESRA dan lebih PROFESSIONAL..tp kalau dah dekat dalam jarak 2 kereta masih kereta depan tak bagi laluan..then barulaa pakai headlights..
5) Paling penting…JANGAN PAKAI HAZARD LIGHTS dalam HUJAN!! P{eraturan tu tak pernah wujud kat mana mana sistem dalam dunia..
6) Kalau memandu di Highway, sejam sebelum MAghrib atau pukol 6pm atau 6.30pm tu..silalah pasang lampu (lampu kecik pon boleh) – tu pasal Audi Merc BMW ade ‘daylight running LED lights’ and bukan suka-suka dorang buat design n wajibkan tu..sebab Autobahn dah sayaratkan..ini kerana kalau kereta berwarna SIlver, PUTIH, KELABU TUA dan BIRU MUDA akan seolah tidak kelihatan bila waktu-waktu begini..so better pasang laa ye!? tak kering pon bateri tu..
So itu je laa nasihat yang saya boleh bagi untuk pemanduan di PLUS HIGHWAY ala-ala AUTOBAHN GERMANY..
Aku baca ni dari sini. Memang la panjang tapi banyak pengajaran kat situ tu. Aku pn sebelum ni ade jugak main langgar2 je lopak air tu . ade skali mmg macam nak eksiden la pasal lopak air . Ingatkan xda ape aku pun brek la skali mcm dah nak terbabas . Nasib baik mmg aku pesen pegang stereng kuat2 . Kalau x tak tahu laa.

Ok la. Selamat balik kampung ea semua. Berhati-hati di jalan raya please ?
p/s malas . tak menyumbang sebarang produktiviti kepada syarikat pn hari ni.

Tuesday, July 31, 2012

Kerja kerja.

Assalamualaikum ohsem2 sekalian .

Dah 11 Ramadhan kann? cepat je masa berlalu. Kejap-kejap lagi dah raya. Fuhh memang tak terkejar dgn masa ni, selalu kalah je kan . Tengah duk kat ofis ni curik-curik masa update blog. Ngee.

Aku tadi dok buat kerja sikit sebab nak buat interview untuk jawatan kerani minggu depan untuk ofis di Shah Alam. n memang ramai gilaaa yg apply. I think about 40 orang kot hantar resume. Even yang ada degree pun mintak. Eventho hanya untuk jawatan kerani.

Memang sekarang orang susah nak cari kerja eh? Bagi aku cuma satu, jangan memilih kerja. dan kau mesti tahu nak menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan. jangan buat perangai macam masa tgh belajar dulu. Jangan main-main, kena serius dalam dunia bekerja ni.  Ini pengalaman aku menguruskan few budak baru yang baru graduate n terus start kerja. Yang umur2 muda belia tu.

Aku takde la bagus sangat pun nak mengata kat orang. hehe. tp alhamdulillah masa zaman U dulu aku dah start involve dengan program2 kolej so i know a little bit how to handle people, mcm mana nak communicate secara polite dengan orang yg lebih atas dari kita n tahannnn sebarang dugaan dan cabaran. kalau masa belajar dulu tak pandai buat ni sikit,kena marah sikit boleh la kau balik call mak,pak,kakak sume menangis. tapi masa kerja, kau tak pandai buat pun kau kena bg pandai jugak takde masa nak nangis2. Lompang nak? huhu.

Aku sebenarnya baru jgk start kerja so far alhamdulillah aku enjoy. Walau pun ambik bidang microb but now i work dalam bidang tourism. Hee. hey, di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan?

kepada adik2 yang baru nak start kerja tu tolong laaa buang sikap perangai budak-budak kau tu. be matured, nk nangis2 ngada2 kt rumah boleh tapi masuk ofis je kena jadi seorang yang matang, yang tahu buat kerja.

Bukannya masa hari training lagi dah tanya 'Er cik boleh tak saya nak cas henfon kt ofis? hp xde batery la'. Takde masa aku nak layan.


Friday, July 20, 2012

Life is not that hard.

Tiba-tiba rasa nak tulis blog. Hee

Esok 1 Ramadhan 1433 H. Semoga ramadan kali ini akan lebih beerti dari tahun-tahun sebelum ini.
Kehidupan aku sekarang ni, alhamdulillah..baik-baik sahaja. Dah kerja, dah kena uruskan diri sendiri. Kena fikirkan untuk masa depan dan apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Jodoh? Insyaallah. sedang memujuk si dia untuk tamatkan hubungan ini dengan lafaz sakinah, seawal-awalnya tahun depan. Mohon kawan-kawan doakan jugak. =)

Kerja? alhamdulillah. rezeki yang Allah bagi. cuma berusaha sebaik mungkin untuk tak menghampakan kepercayaan yang telah diberi.

Syukur alhamdulillah atas segala kuniaanNya.

Monday, May 21, 2012

Change.

Salam.

I've been away from here for so long. Been busy with life? naah. Not really. Quite shocked blogspot have a new face. hehe. I should learn how to make a post again.

What I wanna write actually. Have no idea. huhu. Well, Im not really an old Awin, perhaps. Im now in a stage to know myself. Life, it is just about two thing. Syurga or Neraka. Which one you choose? I was from a SMKA. A stand for Agama. 5 years there, still cannot change me to become a good muslim, a good muslimah. I might say, I know hukum, I know do and don'ts. But I still do sin. Why? Because of my faith is not strong enough. My heart does'nt feel afraid to do dosa.

Somehow, when i grow older I realise this is not real me. I am a Muslim. I want to be a good muslimah, a good daughter, a good hamba, a good friend. Alhamdulillah, Allah had open my heart to change to be someone better. My past, Im not there anymore. I wanna leave it there and never turn back.

Hope Allah will ease my way. Amin.