Wednesday, August 10, 2011

Doa untuk Dia.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.


Wednesday, August 3, 2011

Kisah Bulan Puasa.

Salam~

Salam Ramadhan untuk semua. dah 3 hari dah kita berada di bulan suci ni.. Kalau masa kecik2 dulu kedatangan syawal paling dinanti, tapi bila dah meningkat dewasa ni bulan ramadhan rasa lagi beerti.

Ni apsal ntah aku tulis beria2 sopan ni ntah?

Korang semua penah ada kenangan masa bulan puasa tak? mesti ada kan.. kenangan yang dok tipu2 puasa pastu masuk bilik air pegi minum tu, buat2 demam dgn harapan mak kasi berbuka awal, pastu pegi mandi sungai time tengah2 hari buta pastu slurpppp pegi telan air sungai tuuu..haaa. mesti ada kn?? biasa la..aku taw... tapi aku x penah buat keja mcm tu semua. aku budak baik.

Aku ada jugak story masa bulan puasa. takde la banyak sgt pun, biasa2 je..tapi aku mmg tak pernah la tipu2 puasa kat mak aku, sbb kalau kantoi mati kena belasah dgn ayah agaknya.. aku start puasa penuh start umor 10 taun.. sempat 2 kali je puasa penuh pastu sampai sekarang x pernah2 penuh dah.. hehe..

Antara story yang takblehblah sepanjang aku berpuasa ni ialah.. :

1) Ni kejadian masa darjah 2 rasanya..baru nak belajar2 puasa..aku pagi2 mmg dah pegi rumah kwn depan rumah ni, biasa laaa pegi main zeropoint ke, batu seremban ke.. masa tu kwn aku muda setahun dr aku mmg x puasa.. dia offer gula-gula kat aku.. aku plak lupa aku tgh puasa so apa lagi mmg ngapppp je lah.. dah habes sepeket gula-gula baru teringat... eh, puasalah.. tapi disebabkan ceteknya pengetahuan agama di ketika itu maka aku anggap aku tak puasa dah la, balik rumah lepas tu terus makan nasik. keh2.

2) Masa aku tingkatan 4, aku sekolah kt SMKA Slim River. kebetulan masa tu bulan puasa cuti sekolah. so aku mmg puasa kat rumah lah. kejadian ni berlaku masa hari ke 8 puasa, ada tragedi november aku terjatuh dalam bilik air n ade bahagian badan aku ni terluka teruk. siap tumpah darah mengalir2 tanpa henti nya. (ouch).. sakit takyah hengat laaaa. xde la aku meraung tapi tahap menanges sampai terdiam sebab sangat azab sakitnyaaa. ngeri bila ingat. So ptg tu jugak aku dibawak ke klinik n dijahit kat bahagian yang luka tu sebanyak 8 jahitan, masa kena jahit tu mmg aku menjerit meraung2 sampai satu klinik tu gempar sekejap. adehh, sumpah sakit! eh, yang kelakarnya masa sampai klinik tu doctor ingat aku keguguran anak sbb darah keluar banyak sgt. bodoh betol. huk2.. lepas tu aku kena pantang makan mcm org baru bersalin, siap makan buah manjakani dgn ikan haruan lagi..sabor je la. Kesimpulannya tahun tu aku cuma berpuasa selama 14 hari sahaja. hehee.

3) Haaa, yang ini paling epic. paling kelakar huehuee.. Masa tu aku belajar kat uitm shah alam. tahun 2005 rasanya.. masa tu kat uitm dapat makan free lagi untuk bdk2 diploma. So, jimat duit je la kan aku pegi la amik makanan kt dining hall je tetiap hari. Tapi masa tu aku x boleh puasa pn..aku pegi je la amik makanan sbb lapor kan..kire dinner la tu..yang keja tolong2 bagi makanan tu ramai abang2 la...budak2 lelaki muda sebaya2 aku je..aku ni dah mmg habit kalo tgh amik makanan tu sambil tgu abg2 tu cedokkn makanan masuk bekas makanan aku, mesti aku ambik dulu buah n ngappp kat situ jugak.. makanya, masa bulan puasa tu..tgh abg2 tu letak mknan dlm bekas aku tetibe aku nampak.. 'eh..buah tembikai la..sedap2..' maka, tanpa segan silunya lagi aku ambik buah tembikai tu n ngaapppp kat situ jugak depan abg2 tu.. tetibe,masa mcm berhenti sedetik..aku nengok muka abg2 tu terpinga2 pandang aku dengan confius nya.. pastu baru aku teringat.. Allah, bulan puasa! dengan secepat kilatnya, aku amik bekas mknan aku n lariiiiii laju2 jauhhhh2 dr abg tu n terus duduk kat balik2 mejaa. malu oiiiiii. MALU!!!

Apa2 pun Selamat Berpuasa. Jangan makan di khalayak ramai walaupun anda tak boleh berpuasa. sekian.