Thursday, August 16, 2012

Tips Pemandu Selamat dan Hebat

Hai kacak2 sekalian . 

uhuh. dah 27 Ramadhan. Lagi 3 hari je nak raya. Tapi disebabkan dah besor panjang ni terasa sedih sebab bulan ramadhan dah nak habis .. bukan mcm masa kecik2 dulu, terkinja-kinja nak sambut raya .

So far untuk persiapan raya semuanya hampir siap dah . Dari baju tudung kasut semua dah ada. Cuma handbeg baru tak beli lagi . tengok laaa kalo sempat. Aku yang sbenornya tengah risau, pasal minggu ni cuaca x menentu.. hujan je. Sebab aku nak balik trolak tghri jumaat neh . Aku rasa dah confirm2 jalan jam mahutt kan ? Risau la walau pun jarak KL-Trolak tu x jauh mana tapi aku penah kut stuck dlm jam almost 6 jam masa chinise new year aritu . gilass. Tapi kakak aku dh bg cadangan kiteorg nak ikot jalan lama je if traffic jam kan. If x, ikot highway lah.

Aku belek2 la blog td and jumpa few tips yang aku rasa sgt2 berguna untuk pemanduan semasa musim perayaan ni. eceh guna bahasa skema la kan.. Nah korang baca dulu ni .


Untuk perhatian semua..pemanduan melebihi 110km/j di lebuhraya ada baik dan buruknya..walaupon semua ngerti yang ramai akan memandu lebih 110 km/j so ini ade beberapa tips untuk memandu laju ala-ala autobahn..
1) Pastikan kedudukan badan tegak dan bukan ala-ala sandar belebihan masa drive lebih 110 km.j sebab refleks akan lebih cepat kalau kedudukan duduk bersedia..
2) Pastikan jarak antara kereta (ketika hujan) ialah 2 unit kereta kancil di hadapan anda…anggaran sahaja ok, so kalau brake emergency pon..anda masih ada peluang tipis untuk brake dan ABS Auto-lock Braking system masih boleh berfungsi dan calculate weight-force ration untuk berhenti…
3) Kalau ade lopak air di highway, cuba elakkan..kalau tak boleh elak, pastikan DRIVE TERUS TANPA MEMBREK di atas atas atau 2 meter sebelum lopak air tersebut..ini akan mengelakkan kekeliruan pada sistem ABS kereta anda semua..pastikan kedua-dua tangan lekap di stereng dan kemas..stereng anda mungkin cuba ke kiri dan kanan..tapi HOLD FIRM dan terus..kerana sistem ABS akan me,baca pergerakan stereng anda, kelajuan tayar dan arah tuju kereta anda sekaligus..so BANTU ABS untuk membantu ANDA..
4) Jika anda memandu laju di Highway PLUS dengan kadar 140 km/j atau 160km/j..dan anda dapati ada kereta dengan kelajuan rendah dari anda contohnya 110km/j..anda JANGAN FLASH KAN HEAD BEAM LAMPU ANDA bila sudah dekat..pastikan terus memasang LAMPU SIGNAL KE KANAN untuk memotong dari jauh lagi..ini kerana di lampu signal berwarna kuning dan lebih nampak dr headlights anda (dan sesetenagh anda pakai HID plak,lg tak nampak)..tambahan cara ini lebih POLITE MESRA dan lebih PROFESSIONAL..tp kalau dah dekat dalam jarak 2 kereta masih kereta depan tak bagi laluan..then barulaa pakai headlights..
5) Paling penting…JANGAN PAKAI HAZARD LIGHTS dalam HUJAN!! P{eraturan tu tak pernah wujud kat mana mana sistem dalam dunia..
6) Kalau memandu di Highway, sejam sebelum MAghrib atau pukol 6pm atau 6.30pm tu..silalah pasang lampu (lampu kecik pon boleh) – tu pasal Audi Merc BMW ade ‘daylight running LED lights’ and bukan suka-suka dorang buat design n wajibkan tu..sebab Autobahn dah sayaratkan..ini kerana kalau kereta berwarna SIlver, PUTIH, KELABU TUA dan BIRU MUDA akan seolah tidak kelihatan bila waktu-waktu begini..so better pasang laa ye!? tak kering pon bateri tu..
So itu je laa nasihat yang saya boleh bagi untuk pemanduan di PLUS HIGHWAY ala-ala AUTOBAHN GERMANY..
Aku baca ni dari sini. Memang la panjang tapi banyak pengajaran kat situ tu. Aku pn sebelum ni ade jugak main langgar2 je lopak air tu . ade skali mmg macam nak eksiden la pasal lopak air . Ingatkan xda ape aku pun brek la skali mcm dah nak terbabas . Nasib baik mmg aku pesen pegang stereng kuat2 . Kalau x tak tahu laa.

Ok la. Selamat balik kampung ea semua. Berhati-hati di jalan raya please ?
p/s malas . tak menyumbang sebarang produktiviti kepada syarikat pn hari ni.