Friday, November 30, 2012

Sekali Sekala Dalam Bulan Biru

Assalamualaikum

Once in a blue moon. Yeahh. macam tu la perangai aku dalam setiap perkara. Semuanya sekali sekali dalam bulan biru. haks. 

Termasuk la dalam mengupdate blog. Kekadang je update lepas tu dalam hati terus nekad ohh aku akan konsisten update at least seminggu 2,3 kali. Siap satu pos, update lepas tuuuu nan hado! 

Impian dalam hati tadi terus musnah berkecai.

Punca utama aku jadi macam ni ialah, Malas. Kalau malas ni ialah orang, dah lama aku halau nyah kau dari sini. 

Tapi itu la lagi satu masalahnya, malas ni sifat. dah jadi sebatian dalam diri. Mungkin kena buat elektrolisis baru boleh pisahkan. Eh?

Aku ada banyakkkk banyakkkk banyakk ( melampau tak banyaknye?) benda yang nak diceritakan. Kadang-kadang tgh drive terfikir, eh nak update la. Tapi. lepas tu. huh. lupakan je la.

Ye la, kekadang before tidur pun aku malas gosok gigi, inikan pula update blog. Nampak kaitanya di situ?

Aku sebulan, 2 bulan lepas ada pergi Indonesia ng China. In sha Allah, sesiapa yang baca ni ( ada ke lagi pembaca? huhu ) tolong la doakan semoga aku rajin untuk menaip lagi entry-entry selepas ni. 

To be frank, aku pun rindu nak menulis ni. =)

Aku rasa since tahun lepas aku dah stop update selalu. Huhu. Kadang-kadang bila aku bukak balik pos lama aku pun konfius macam mana aku boleh rajin gila update suatu ketika dulu.

Sekarang, pemalas macam beruang.

Apa-apa pun, aku berjanji dengan diri sendiri akan update dalam masa terdekat ni pasal visit aku ke Padang & Bukit Tinggi. 

Dan aku maybe akan share few tips untuk siapa-siapa yang akan bercuti ke sana. sharing is caring yaww.

Ok semua. doakan aku rajin ya? Tolong?

Salam.