Saturday, May 16, 2015

TRIP KE USS PART 1

Hola. Assalamualaikum.

Hik3.. Update blog setahun sekali. Biasa lah.. bila makin berusia ni jadi makin pemalas hik3.

Untuk update kali ni nak cerita pasal aku pergi Universal Studio Singapore pada 1 Mei lepas. Dari tahun lepas lagi plan nak pergi nya tapi memandangkan kakak aku busy la sangat kan so tunda sampai Mei. Apa jadi pun aku kena pergi jugak masa 1 Mei ni huhu. Pasport pun dah buat siap2 seminggu sebelum pegi.

Dari bulan April lagi aku dah start contact travel agent ni, Erwin Travel & Tours. Ada budak nama Ain aku dah pernah bookin kat dia sebelum ni untuk kawan aku. Harga pun boleh tahan, RM350 untuk 3 hari 2 malam. 

Pakej ni termasuk 2 malam hotel, tiket masuk ke USS dan tambang bas jb-uss-jb. So total 4 adult RM 1,400. aku bayar pun lewat macam lagi 10 hari nak pi baru byor huhu.

Aku gerak dari Trolak dengan Acik n anak buah aku Linda hari khamis, 30 April. Terus ke KLIA pick up kak amy dulu. Masa tu awal lagi dalam pukul 11, jadi aku tanya kak amy nak pergi ziarah kubur abg roslee ke memandangkan awal lagi.

So kak amy pn kata ok kita pun gerak ke Londang. Jalan pun ok, tak jem sangat. Sampai dalam jam 12.30 mcm tu di Londang. Lepas ziarah kubur, kita pegi jalan pantai kejap, makan rojak, selfie. hihi.. 

Then tiba2 aku teringin sangat nak rasa coconut shake klebang yang glemer tu. Sedap sangat ke. Jadi bermula la misi mencari coconut shake original klebang pulak. Pakai google maps aje senang je jumpa sebab tepi jalan aje.

Lepas dah selesai acara mkn2 kat coconut shake klebang tu kiteorg pun teruskan la perjalanan ke JB. Jauh hoi jb tuuu macam nak pergi oversea jauhnya. huhu.

 Masa pergi aku yang drive yang lain tido kroh3 je. Ceh. Berenti rehat solat makan kat r n r Pagoh lama jugak. bagi segar balik sebab aku ngantok.

Sampai kat jb dalam jam 7 jugak.. jem la org balik kerja kan.. pastu misi mencari Hotel Zoom In kat kawasan Danga Bay pulak.. Actualy senang je nak cari sebab macam tepi jalan aje tapi lahai susah nau jalan kat jb ni. 

Simpang siur la jugak. Bila dah jumpa je kawasan tu aku pergi ke pejabat Erwin Travel & Tours tu dulu nak ambik tiket uss tapi tak sampai lagi la pulak. So terus check in hotel je. Mandi n solat dulu.

Hotel Zoom In tu dekat je dengan Pejabat Erwin Travel ni. Kira dalam satu kawasan yang sama aje. Jadi mudahlah sebab esok pagi kita kena naik bas kat depan pejabat Erwin Travel tu. Hotel ni ok la.. Katil pun selesa, ok la dengan budget. 

Nama pun boutiqe hotel kan. Ade tv, sofa, dan bilik air dia.. hmm transparent u olls. Maybe nanti kalau aku kena stay jb ke hotel ni aku akan pergi lagi sebab kawasan dia convenience, parking mudah, kedai makan pun banyak. kedai runcit pun sebelah hotel je. Memamg ok la bagi aku.

Malam dalam pukul 9 mlm kita keluar pegi ambil tiket uss n menuju ke city square. Sebab ingat nak tukar duit dan cari mknn sikit. Aku plak yang kena drive kan pastuu jalan kat jb ni mcm kat bukit bintang jem nye la hoi stress aku. 

Aku main parking je tepi jalan sambil doa xde jadi ape2 kat myvi ni ha. Ye la kan tengah femes myvi langgo orang kat duke tu huhuh. Jadi makanya dapat jumpa money changer rate 1 singapore dollar = RM 2.70. Aku tukor 100 SD je biasa la kata pegi nak main je bukan nak shoping.kikii. 

Lepas tukar duit ingat nak cari makan sekali xda apa yang menarik so kita decide nak balik makan kt Singgah Selalu, berhadapan dengan hotel je. Kita pun makan la dengan lahapnya, lapor kan.

Lepas makan, balik hotel and tido je. Ok tu je kot nak cerita entry ni. Next episode sambung perjalanan ke USS pulak. Layan la gambo ok.

 Menziarah kubur arwah Abg ipar, Allahyarham Roslee Mat Jidin

Jalan2 di pantai Pengkalan Balak


Yeayy berjaya jugak sampai Coconut Shake Klebang

Tak sedap sangat pun coconut shake nye. biase2 ajee

         Katil hotel. Menarik gak la tulisan kat belakang tu.. tapi aku xde masa nak baca. haha

Ade tv mula2 ade tv3 je rupanya astro pun ada, malam kedua baru tahuuu. cet