Friday, December 30, 2011

Drama Tentang Dhia jadi worldwide trending.

Hai. Assalamualaikum kakak2 cantik dan abg2 kacak sekelian. uh hu. siapa yang layan drama tentang dhia kat tv3 angkat perut sekarang. eh. Haa. jangan x mengaku ea abg2 yg gagah kental pn mesti menangis tengok last episod die smlm kn. haha. Sangat memberi kesan betol la si nora danish cantik comel tu ngn adyputra si hemsem berlakon.

Aku sebenarnye takde la layan sgt pon cite ni. Sebab tayang kn pukul 7-8. slalunya aku mandi awal, tgu magrib mengaji2 skit smpai la habis isya'.. So mmg xkan sempat nk tgk cite ni, cuma masa mula2 dulu je tgk sbb xleh solat. huaa. n minggu last ni pon aku dpt tengok jugak.. so smlm is the last episode. Aku tengok dh jadi mcm sinetron dah drama ni, berbagai2 tragedi semuanya ada. n watak2 yang ada semuanya nk dimatikan.. yang watak jahat tu, jahat bebenor. watak baik tu ya Allah mulia sesangat2 lahhh nye.

Tp, kn mmg da mentaliti rakyat melayu yg berhati baik dan lembut mmg minat cerita2 mcm ni. huhu. So, dr ptg kelmarin lg aku dok tengok kt twiter n facebook ramai org dok canang psl last episode cite ni kan.. n masa tgh tayang cite ni kat tv smlm.. aku tengok kat twiter Tentang Dhia jadi worldwide trending. peh hebat tuhhh. Tak percayaa? Nahhh bukti hidup.


Majulah drama Melayu untuk negara. sekian.

p/s sory la aku x pandai nak buat tumbesaran utk gmba tu. cmna ea? sape2 pandai leh tolong ajar aku x..........

Saturday, December 24, 2011

Happy Birthday to Me #3

Kah3 tajuk birthday lagi. nak kena lempang ape budak ni ingat die sorg je sambut besday x habis2 tulis kt blog psl besday. haha. adeakukesah? =p

Sebelum menutup mata ni nak share hadiah yg aku dapat untuk besday. hee ^__^

bear sakit mata..ehehehe...

Thanx u awk coz belikn hadiah besday untuk saya walaupn situasi masa tu disulami drama2 air mata. ekekeke. =p n walau pn mmg dah ditakdirkan kita berdua ni api dan api.. asyik panasss je tp sy tau la awk ambik berat gak kt sy sbb awk belikan saya benda ni..........


Tali skipping kaler pink siap ade counter skali...=.="

Fine.fine. awk takot nk ckp terus terang yg badan sy dah berisi kn. awk takot sy mengamuk kt mid tu so awk secara halus2 belikan sy tali skipping ni. Ok. saya terima kelemahan diri. T_T
**try lompat doploh kali smlm dh semputttttt.

Anyway. thanx u awak. thanx for the presents n the two years together n the kindness n the patience with me. Appreciate dat. Really do. I pray for a good end to our relationship. InsyaAllah. =)

p/s Mohon kwn2 doakan sama. hee.

Friday, December 23, 2011

Happy Birthday to Me #2

Aku hari ini dah berumur 25 tahun 8 hari dan masih belum berkahwin. Hehe. Rasa macam masih belum matang je walopun umur dah suku abad kan. Well.. usia tu sekadar nombor je..yang penting hati...hatiiiiii. **sambil tekan2 jari ke dada.lempangnak?

Dalam 9 beradik kan, aku sorang je yg lahir kat hospital..bongsu kann.lgpun masa tu umur mak dah 38 tahun..so dah lewat la untuk sorg pmpn lahirkan baby..Aku lahir kt hospital Tapah, 16 Disember 1986@12.50am. Mak aku kata masa tu org dok tgh nak tidor tetiba aku sebok nak keluar. Hee.

Misi2 kat hospital masa tu garang2 sgt mak kata. Kalo ade dok jerit2 masa nak bersalin tu mesti kena tengking ngn misi.tp mak aku rilek je kot, ye la dah 8 org keluor dah kan. So, proses melahirkan aku tu berjalan dengan lancar la. Nama aku pulak Along aku yang kasikan, hee. Ye la sbb beza umur aku dgn along 20 tahun, dah dewasa sgt2 da so nama adik yg bongsu ni, along kata along yg nak namakan. Farhana Nazwin maksudnya gembira bijaksana. Ngee.

Ok habis dah citer sejarah2 zaman kelahiran. Nak story untuk besday yg ke 25 ni, xde buat ape2 pon. Just ade beli kek n makan je dgn anak2 buah. Ye la dah sah2 besday aku masa cuti skolah kn. Sbb anak2 buah ade je la beli kek, kalo aku sorg xde maknenyee. hehe.


25 tahun sgt. Zzz.

Makcik anak 3..

Dah tuo2 potong kek rasa sesuatu sgt.Huu.

So, untuk besday kali ni aku dapat hadia special sgt from someone. hehe. hadiah ape tu?? Later aku story k. Bai......

Friday, December 16, 2011

Happy Birthday to Me

Hari Jumaat. 21 Muharam 1433 H.

My 25th Birthday. =)

p/s xde idea nk update tp nk tgk tarikh 16 disember ade dalam blog ni.. hee ^_^

Sunday, December 4, 2011

Memori Urughu.

Perkenalan kami tak lama. Cuma rakan semasa zaman sekolah rendah yang singkat. Mula tahu nama dia semasa tahun 1, berlainan kelas aku di kelas merah dan dia di kelas hijau. Aku mendapat nombor 3 manakala dia mendapat nombor 1 untuk seluruh pelajar tahun 1. Tak pernah berbual sepanjang dari tahun 1 hingga tahun 3. Cuma tahu nama dia, dan dia tahu nama aku. Itu saja.

Masuk ke tahun 4 kami ditempatkan di kelas sama. 4 Arif. Dan kebetulan kami duduk bersebelahan dan aku sangat sukakan dia. Seorang yang baik dan pendiam tapi bila dah rapat dengan seseorang, dia akan menjadi peramah. Permainan yang kami selalu main, pemadam getah. hehe. memang popular permainan tu masa zaman dulu2 kan. Kalau ada ujian meja kami akan dijarakkan dan kadang2 masa nak hulurkan kertas soalan ujian tu dia akan main tarik2 kertas tu dulu sebelum hulurkan pada aku. =)

Dia baik sgt, rajin dan smart. Aku rasa semua orang, cikgu2 dan murid2 sukakan dia. Pelajar yg sopan, hormatkan semua orang dan pandai. Paling penting, rambut dia akan disikat tepi, dan kemas walau untuk apa aktiviti sekali pun, walau pun untuk bersukan.

Tapi, ada satu perkara yang paling aku ingat antara aku ng dia iaitu Urughu.. Pernah ada satu rancangan kartun bertajuk Urughu yang aku tengok pada masa tu. Aku memang kaki tgk tv semua kartun aku akan layan.. dan sepanjang aku kenal dgn dia, dia pernah bgtau yang ayah dia jarang sgt bg dia tengok tv, patut lah dia jadi sebaik begitu..tak mcm aku.. =) Jadi, selalunya kalau ada cerita kartun yang best2 mmg aku akan cerita semula pada dia.

Berbalik pada cerita Urughu. Urughu ni adalah nama ratu rama2 yang dibela oleh seorg kanak2 lelaki. Die sgt sygkan urughu dan akhirnya urughu ni mcm dah jadi cinta pertama die. Tapi ada suatu janji iaitu budak lelaki ni tak boleh tgalkn urughu semasa malam bulan penuh, kalau tidak urughu akan tinggalkn dia.. Tp pada suatu malam bulan penuh ni budak lelaki ni terlupakan urughu sbb excited ayah dia balik dr kerja. Kemudian bila die dah sedar tengok2 urughu ni dah takde.. Then start haritu budak ni akan berjalan2 di taman sambil seru nama urughuuu.. urughuuu dgn harapan urughu akan balik.

Best sgt kartun ni. Tayang masa wiken so masa hari Isnin aku dtg skolah bila jumpe die terus die sebut, urughu. Eh, terkejut aku. Rupa2 nya minggu tu ayah dia bg die tgk tv so die dpt tgk cerita urughu tu. hehe. Then the whole day tu die asyik sebut je urughuu urughuu. Comel je. hehe.

Tapi masa darjah 4 tu je kami jadi rapat sbb masa dh darjah 5 & 6 kteorg dah tak duduk sebelah2. Biasa la budak kecik mcm aku ni tak hargai persahabatan sgt lg huhu. Tapi dia tetap sama dan tetap baik, aku tahu tu.

Masa berganti kami teruskan dgn hidup masing2. Die dpt 5A jugk masa UPSR then kemudian aku tau die masuk form 1 ke Izzudin Syah, Ipoh. Lepas tu dah tak dengar cerita psl die sbb die ikut ayah die pindah sbb ayah die keje pegawai Felda.. Last yg aku dngar cerita die belajar kat Insitut Perguruan Darul Aman, IPDA kt Jitra. Then, lost contact terus..Bukan dgn aku je, dgn kwn2 yang lain pn.

Baru2 ni kwn baik aku Masaliah kahwin. Aku teringat masa otw ke ipoh nk ambik baju kawen die kteorg borak2 psl die. Sbb nk jemput die ke kenduri Masaliah ni. Mmg kami tak tahu kat mana dia n berhajat sgt nak jumpe die n tahu perkembangan terkini dia. Tp die takde kt fb ni, n kwn2 skolah pn xde yg berhubung dengan die.. So, stop kat situ je cerita psl die..

10 hari kemudian, ptg Khamis minggu lepas aku dapat call dr sorg kwn yg bgtahu berita yg cukup2 memeranjatkan aku. Katanya cerita dr seorg kwn yg lain, die dah tak ade..die dah meninggal ptg rabu dalam kemalangan. Aku mmg tak percaya. Aku terus google cari dulu betul atau x die dah meninggal.. dan hakikat mmg selalunye pedih. Die terlibat dalam kemalangan dengan hilux.. bersama kakak dan ibunya.. Ketiga2 nya meninggal di tempat kejadian. Innalillahiwainnailai hi rajiun..

Arwah rupanya dah jadi seorang ustaz di Sarawak. Masa kejadian tu die baru balik dr Pulang Pinang dan membawa bersama ibu ng kakaknya untuk bercuti kt Sarawak. Die accident di Jalan Pesisiran pantai Miri-Bintulu. Dlm berita kata kereta kancilnya remuk teruk. =(

Selepas 13 tahun tanpa berita, akhirnya berita pemergian die adalah berita terakhir yang aku dengar. Semoga kamu dicucuri rahmatNya wahai Ustaz Lokman Hashim bin Yusuf. Kebaikan kamu akan sentiasa diingati semua org. Moga Allah menempatkan kamu di sisiNya. Amin.

Allahyarham Ustaz Lokman Hashim B Yusuf yang berbaju melayu putih berdiri di antara si berbaju melayu biru dan yang bertshirt itu.

p/s Al fatihah untuk allahyarham, juga allahyarhamah ibu dan kakaknya.

Link pasal accident di sini.
Link pasal Urughu di sini.