Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Huhu. Pasword untuk blog ni pun jenuh nak ingat ha. Sebab tu la update pun berbulan sekali. dah berhabuk-habuk puihhh puihhh. **tiup-tiup habuk.
Baru-baru ni aku pergi buat pasport. dah umur 26 baru nak buat pasport khenn. hihi. Aku buat masa hari Khamis , so pagi-pagi aku dah gerak dari Ampang sebab aku buat kat presint 14,Putrajaya sana. Rasanya pukul 6.45 pagi aku dah gerak n sampai sana dalam pukul 7.20 . Aku ingat aku paling awal sekali masa aku ambil nombor giliran , masa tu aku tengok jam pukul 7.37 pagi and aku punya nombor is 24 ! Adoi .. yang dapat nombor awal-awal tu pukul berapaa la agaknya dieorg datang ye.
Masa ambil nombor tu aku tanya kena isi borang apa-apa ke then org tu ckp tak perlu. Just kena ada gambar ukuran pasport sekeping dgn salinan IC ..Aku pn terus la duduk tunggu sampai kaunter bukak pukul 8 pagi.
Bila kaunter dah buka tu makin ramaiii orang datang. nasib baik takda kena isi borang ke apa. kalau tak mesti lagi sesak kat situ..Yang bawak anak kecik la, orang tua la. nasib baik jugak laa aku pergi awal kalau tak memang x sempat sebab pukul 10.30 pagi tu aku dah ada appoinment kat KPM.
Tepat pukul 0850 nombor aku pun dipanggil. So aku pergi la kat kaunter akak yang manis tu bagi salinan IC dengan tunjuk IC original. kasi gambar pasport aku tu, letak ibu jari kat mesin pengimbas tu . Aku rasa tak sampai 5 minit dahh siap ! Now tunggu nombor dipanggil untuk kaunter bayaran pulak.. RM100 untuk tempoh pasport selama 2 tahun. RM200 untuk 5 tahun kalau tak silap aku.
Lepas tu pukul 0915 nombor aku dipanggil untuk buat bayaran. Then akak kaunter tu kata lagi sejam datang ambil pasport . So, aku pun tak mahu nak sesak kan lagi keadaan yang memang dah sesak gila kat situ aku pun decide nak pegi cari kedai nak makan dulu. lapar kot ..
Hehe. Siap dah. Jom pi jalan !!!
No comments:
Post a Comment