Wednesday, October 24, 2012

Kakak


Assalamualaikum.

Aku anak bongsu dari 9 beradik . First time dapat anak buah masa umur 14 tahun. Hepy gila masa tu kelam kabut nak balik dari asrama sebab nak tengok anak buah baru tuuu. Hepy sesangat masa tu . Anak buah gugurl yg diberi nama , Nur Qaisara Farzana . kekonon Farzana tu ambil sempena nama aku la kan Farhana. hihi.

2 tahun kemudian adiknya pulak lahir. Tapi Sara still jadi buah hati sekeluarga la. dia pun selalu cakap 'Ala..kakak kan cucu kesayangan atok".. Sara @ kakak membesar jadi si gadis comel n manja la sesangat. Kesayangan kan.. Ada mak sedara n pak sedara ramai harus la seronok kann..

Masa umur kakak 7 tahun gitu dia ikut mama nya ke UK utk sambung study. kami terpisah kejap dgn kakak tapi selalu nau skype n call. Takde rasa berpisah pun tiap2 hari tengok gambar kat fb. Masa umur kakak 10 tahun dah balik Malaysia tapi mama nya belum balik.. So aku ditugaskan untuk jaga kakak n adik2 sbb aku pn baru habis belajar masa tu. Jadi tukang masak n tukang basuh la kan. Kakak mmg seorang kakak la hehe. Tegas sikit dgn dua org adik lelaki nya yang tak berapa nak dengar cakap tu.

Makanan kegemaran kakak harus la kari.. Tom yam.. Ayam peri-peri .. Mak cik nya pula suka melayan makan dieorg kan.. seronok la.. Lagi satu yg kakak suka makan is mee rebus kat kedai jalan nirwana tu. Kalau makan, 2 pinggan pun boleh habis, hehe..kakak, kakak...

Kakak lahir on 26 August 2001 .

Tarikh 09 Oktober 2012. malam tu aku senggugut. tak berapa boleh nak tidur. terbaring sana, terbaring sini. bila tengok jam ehh tak pagi2 lagi ni kenapa tak boleh tidur ni. Then dengar bunyi hp angah aku kt depan. Aku ni plak mmg jenis yg tak suka bunyi kan hp.. selalu silent je. tapi rasa x sedap hati dengar hp angah bunyi pukul 3 pagi mcm tu kan. So aku pun capai la hp aku yg jatuh bawah katil. Sekali tengok ada missed called from Home Trolak.. Aku mmg scary betul kalau ade call tgh2 pagi ni.. teringat kes arwah ayu dulu. hati dah x sedap..

Then angah masuk bilik kasi hp suruh cakap dgn acik. sbb si kecik dah nangis. Aku ambik fon n terus tanya kenapa acik ?

Acik: Adik.. tadi kak emy telefon..
Aku: Ha, dah tu knape ni?
Acik: Kak amy cakap.. Sara dh meninggal..
Aku: HA? Ape ? ape ni??
Acik: Sara dah takde .. bawa balik kebumi trolak ni.

And after that aku macam tak ingat apa sgt sbb aku macam meraung2 n menjerit . Tak Percaya.

I took almost half an hour utk calm kan diri n try to digest the news la. n nak kena berfikir nak buat apa sekarang. masa tu lebih kurang pukul 3.45 pagi dah. So then i decide call few people like my bos semua n kwn2 bgtahu aku nak balik trolak. n I drive alone pukul 4.30 pagi dr KL sampai trolak dalam 6.20 pagi. Lambat sbb banyak gilaa lori kat highway masa tu. haih. hati-hati jugak la bawak sbb most of the time masa drive tu aku menangis je.

Sampai ke rumah aku tgk semua nye calm lagi. takde la suasana sedih sgt sbb everybody was busy utk org ramai dtg. Sebenarnya ini kali pertama ada kematian kat rumah aku. So, everythin mcm benda baru kan. Then dapat tahu jenazah n semua bertolak dari Kuala Terengganu at 6.30 AM. so dalam tengahari baru sampai kn. My dad decide kebumi kan lepas asar sebab mayat belum mandi kan lagi.

So pepagi tu dah ramai dtg rumah. mostly terkejut lah sbb macam tiba-tiba. baru jumpa masa raya she was ok. takde nak kata sakit ke ape. memang tak ada! Aku masa tu menyibukkan diri la tolong racikkan daun pandan.. kemas2 rumah sana sini, buat2 senyum and angkat2 barang ke rumah sebelah sebab masak kat rumah sebelah, rumah maksu.

Acik n ajib pergi beli barang2 untuk mandi jenazah nanti. padahal dalam hati berdebar2 tgu jenazah sampai.. tak tahu macam mana nak tahan air mata nanti. About 1.40 PM, van jenazah pn sampai depan rumah aku..

Aku busy kat dapur masa tu. bila ke depan tengok nek da (mak kak eid) dgn mak aku tgh peluk kak eid. Masa tu air mata jgn cakap la mmg tak tahu nak tahan macm mana. Tapi mata aku terus cari ayah aku sbb tahu Sara is his favourite, kesayangan dia. then nampak ayah aku sorang duduk bawah khemah yang da dipasang tu. Ayah tgh menangis n kesat air mata. Sayu gila...

Jenazah angkat ke dalam n aku terus pegi peluk kak eid kuat2. then kak eid bisik kat aku..

'Kakak nak sangat balik rumah atok..'

Lagi laaaa. tak tahu perasaan tu mcm mana. Last time I saw her on 1st September , she's fine little bit quiet but she's healthy. tapi sekarang jasad kaku kakak yg aku boleh pegang.. Masa tu semua abg aku pakat mengaji semua while im busy preparing for nak mandikan kakak, n potong kain kapan semua. Ayah ckp by 3.40 PM, van jenazah akan dtg ambil. By 2.30 PM tu mmg dah start potong kain n ukur jenazah.(pasal mandikan jenazah,potong kain kafan n kebumi semua aku akan cerita lain, its an ilmu yg boleh share kan?)

Yang meriba kakak , kak eid, acik n kekmy. Yg mandikn ade la macik2 kat situ. Aku pulak jadi runner pergi ambil barang sana sini. nak benda semua smooth je kan. Bila dah selesai semua mandi , pasang kain kafan, letak bedak sejuk kat muka kakak, letak celak semua .. masa ni paling tak tahan. semua yang ada dari bising2 bercakap masa siapkan jenazah dlm bilik tu terus senyap.. dah tahu masa perpisahan tu makin dekat. Mula-mula panggil ayah aku masuk bilik tgk for last time, ayah aku xnak dah.. tak sanggup. Aku cium kakak, then kakak2 aku.. kak ipar aku.. Angkat balik jenazah kakak letak atas katil. Sementara nk tunggu van sampai kiteorg berdiri n duduk je tepi katil. Wajah ni, kiteorg takkan dapat tengok da sampai bila-bila.. Ya Allah..

Bila van sampai. memang terus angkat je. Nak elakkn semua org bertambah sedih kan. Aku tengok ayah aku berpaut kat dinding masa jenazah bawa masuk dlm van. Risau ayah tumbang je. But, He's ok. semua orang ok. Sedih ya memang sedih tapi siapa la kita nak lawan takdir. Bila jenazah dah dibawa ke masjid aku pergi mandi n siap-siap nak ke kubur plak. bawak mak , nekda, kekmy, acik n aku. Sebenarnya aku mmg tak pernah pergi kawasan perkuburan Felda trolak selatan ni.. ni first time..

So kat kubur jenazah sampai dalam pukul 5.30 PM. semuanya disegerakan.. mmg air mata menitis je masa tu. tak boleh cakap ape dah.. Janji Allah dengan kakak dah sampai..

By 6 PM semua dah setel. ditalkin kan. siram air dan tabur bunga ke kubur kakak. I love you kakak n I will definitely miss you forever and ever. Kakak pastinya dah berada di tempat yang terbaik.. syurga untuk kakak. Al-Fatihah.




p/s kakak penghidap asma dari kecik tp x pernah teruk pun. cuma sebulan sebelum kakak pergi kakak diserang asma semula. tp semua ubat dan kelengkapan di rumah dh tersedia. Pada 8 Oktober tu kakak ok, sihat. Pergi skolah, balik skolah mama ambil dan terus ke ofis mama. Then balik rumah, main2 lg dengan adiknya. Lepas makan n solat maghrib tu kakak kata penat, nak rehat. Mama bg makan ubat n kakak tidur dalam pukul 9 malam. Tgh mlm kakak bangun n pergi ke bilik mama dan ckp kakak sakit. Semua pun sakit.. kaki, tangan, kepala, badan kakak semua sakit. Mama bawa turun ke bawah bg kakak makan n makan ubat. Kemudian kakak baring , kakak dah mula menjerit cakap sakit..sakit.. Mama ajar kakak mengucap then kakak takbir.. Allahuakbar.. kakak terus pengsan. Bawa ke hospital pakar KT.. kakak disahkan meninggal dunia jam 0245 AM,  9 Oktober 2012.

No comments:

Post a Comment