Monday, June 2, 2014

Dua hari satu malam di Taiping

Assalamualaikum!

Hehe. Lama tak update ! manusia pemalas laa aku ni . Aku ni kan orang negeri Perak darul ridzuan. Lahir kat hospital Tapah, perak. Sekolah tadika, rendah n menengah semua kat Perak. Zaman Uni je kat Selangor. Kampung parents aku pulak kat Selama, Perak . N saudara mara semua ramai di Batu Kurau, Kuala Kurau, Taiping dan bahagian-bahagian utara Perak ni la. 

Taiping, korang tau? hah. salah satu tempat menarik kat Perak ok. Tapi secara jujurnya aku sendiri sebagai anak Perak tak pernah pegi menjelajah Taiping tu. Huhu. Ada apa kat Taiping? ada zoo ok. Zoo. Negeri korang ada? kat mesia ni ada 3 tempat je ada Zoo, Melaka, KL and Perak. haa. Bangga tak bangga kan?

So weekend baru ni aku pi Taiping nak lawat cousin dan saudara sebenarnya. Tp kawan2 aku nak ikut pulak so bawa je la dieorg sekali. Aku gerak dari Kulim on saturday 31st May , booking homestay Seri Taiping di Tmn Jana Setia. Mmg lucky dapat book homestay tu sbb time cuti sekolah kannn. RM200 per night and OK la rumah nya. lengkap dan sesuai kalau nak bawa keluarga.

After makan gerak ke Taiping dan sampai ke rumah cousin aku dalam tengahari, then gerak ke homestay dan rest dulu. Lepas asar gerak ke Changkat Jering rumah Mak sedara aku then terus ke acara pertama iaitu Pasar Malam Changkat Jering. pehh best antara pasar malam yang aku suka pegi sebab banyakkk orang jual sate, lemang , ketupat bagai . Harus pegi kalau singgah Taiping ok!

Dah tu balik homestay , makan n solat. Dalam pukul 9 malam gerak ke zoo Taiping. btw zoo buka start 8 malam hingga pukul 1 pagi . Ini untuk night safari, kalau siang orang panggil zoo taiping. masa memula beli tiket and tunggu train tu mmg mak ai ramai manusia rasa macam tak dapat dah nak naik tren ni. Tunggu dalam 10 minit then Ok la tren sampai and banyak juga tren tu. dapat laa naik tren. Tapi yang kena tahu malam2 masuk zoo memang laa binatang tu tidor semuanya. ada beberapa ekor je berjaga kann. tren tu pusing2 dalam half an hour pastu boleh jalan sendiri. Dah setel tengok2 haiwan tu kiteorng pun balik tidoo. Esok nak bangun awal pi Bukit Larut plak.

Kul 6.30 bangun subuh n breakfast and gerak ke Bukit Larut dalam pukul 7.30. Awal kott sampai sana tak sampai pukul 8 lagi n tiket tak ada dah nak naik jip tu. Oh nooo. tu la jalan2 time cuti skolah. mmg nasib. So kiteorg decide ambil tiket pukul 11 pagi dan turun pukul 1 tghr. dia ada banyak trip sampai petang. setiap jam ada, so kena lah pilih time yang lewat sikit.  Jadi kite kena check out siap2 lah before naik. Pastu kita ke taman tasik taiping jejalan situ skit . Beli breakfast then balik rumah kemas barang check out siap2. 

Laju aku bawak sebab masa tu dah 1050 am dah sampai je terus lari2 pergi jip. kah3. tengok x ada orang pun lagi kat jip tu ha. pastu naik lah aku ng 2 org kawan aku. Jalan naik ke atas tu sumpah lahaiii korang jangan le makan nasi before naik. Boleh muntahh. trip naik atas lebih kurang 30 min juga la. ohh nak naik tu tiket harga RM6 for adult and RM3 for kid. mahal ke? kalo mahal boleh naik kaki sendiri daki, xda masalah.

Sampai atas sana tu, hrm . bukan lah nak merendahkan negeri sendiri tapi tak ada apa sangat pun. pemandangan gitu2 je. Lagi kan cuaca bukan cantik sangat jerebu bagai . Tapi ok la, kalo nak cari kelainan. Aku duk atas tu dalam sejam lebih juga la. kul 2 baru naik trip turun pasal tadi yang patut trip aku turun dah penuh. sabar je lah. 

Turun ke bawah tu memang adventure sikit pasal hujan. then ada masa satu selekoh bahaya tu jip kita bertembung ng jip yang nak naik hah amik kau langgar depan tu aku dah la duk sebelah driver pucat lesi muka aku depan aku ade gaung macam jurang mariana tu dalamnya. kalau laju sikit jip tu tadi mmg tamat dah riwayat aku di bukit larut . dah abis scene tu pakcik tu gelak2 kata ala biasa la ni sikit je ni accident selalu teruk lagi. Peh pakcik, gaung depan aku tu tau gaung kalau terjunam mmg takde ampun ok? 

Dats y i ols nk cakap, kalau nak naik bukit larut tu pikir la dulu sebab jalan mmg bahaya. kalau boleh senior citizen or budak ke takyahhh laa bawa naik pelisss. budak2 kecik tu pening tuuu, nangis je budak yg dlm jip aku tu, kesian dia . yang mak pak budak nak seronok je. 

Sampai kat bawah tu, kwn aku yg tak naik tunggu dah. so terus masuk kereta n kita terus gerak balik Kulim. stop kat rnr bukit merah makan n solat semua. sampai kulim jam 5.30. bawah ni ada gambar2 boleh tengok yaaa 







No comments:

Post a Comment