Saturday, September 12, 2015

TRIP KE USS PART 2

Assalamualaikum!

Hahah. dah nak 4 bulan baru nak sambung cerita . hihii. ape nak buat hidup penuh kesibukan ape yg busy pun tak tahu lah. 

Btw nak sambung cerita hari ke 2 trip ke uss ni. Dulu aku dah kabo kan tidor kat hotel kat Danga Bay. So kena naik bas dekat Pejabat travel ejen yang kitaorg ambil pakej ni. Kat area tu jugak tempatnya. so mmg sangat mudah dan convenience. Sesambil tunggu bas kiteorg breakfast roti yang beli smlm. Ye la takot kang jem ke nak masuk singapore laporr.

Bas gerak lewat 10 minit kot disebabkan masalah teknikal sikit. n punca masalahnya ialah hakuu. hahah. pedulik. Pastuh aku kan mmg tak penah jalan2 kat jb ke apa mcm jakun sikit tengok bandar dia. Maju sangat okeh. Pastu rupanya bas ni ikot link kedua. jauh sikit nak masuk singapore tapi x jem sangat sebab aku kan pegi time cuti hari buruh. Memang la sesak due2 jalan kann.

Masa lalu link ke2 tu pn bapak ah banyak gila kereta kuar dari singapore nak ke mesia. baru pukul 7.30 tuu. Btw sebelum nak ke singapore tu make sure pasport bawak.. n dalam bas tu kiteorg diberi kad imigresen. kena isi n simpan pastikan tak hilang. Kiteorg sampai kat uss tu lebih kurang 9.15. Tak bukak pun lagi pintunya. Jadi tangkap2 gambo kat globe uss tu. lepas tu kiteorg g cari breakfast ah.

Kat luar uss tu mmg ade food street. So jgn risau kalau nak cari makan halal. ado je. dieorg pun cakap melayu. ade jual roti canai, nasi beriani, nasi lemak, teh tarik. sume ade. harga pun oke je xde mahal pon. dlm 8 ke 9 dolar kot satu set. lebih kurang pukul 10 tu da siap makan n nak masuk dlm uss mmg kena beratur laaa. dah ramai org huhu. bila masuk je ambik2 gambo sikit. lepastu terus amik map kat kawasan pintu masuk tu. senang sikit nak jalan nanti kan walopun dah banyak google. 

Yang pertama sekali aku nak pegi ialah transformers. aku kalau g jalan2 ni bukan nak amik gambo sgt yg kakak n anak buah aku rajin bergambor. Kena la tunggu2 dieorg nak pose sana sini yang aku menonong nak g transformers. takot ramai. sampai2 je da tulis waiting period is 30 minute. bole la labu. beratur la kiteorg. Well, mmg betul la keputusan aku tu sebab mmg best gile transformers. hihihi. rasa nak naik lg skali je. Jadi aku nasihatkan korang kalo pegi uss terus g transformers ni kang nyesal tak dapat naik.

Sebelah transformers tu  area the mummy. ade roller coaster. Pastu kakak aku cakap eyh tak yah la naik ni. pastu aku ng ank buah aku nak try jugak walopn aku mmg x minat sgt roller coaster bagai ni disebabkan medula oblongata aku x stabil sgt. so aku mudah pening sbb x stabil. gitu. tapi rasa eh rugi plak klo x try. So.. beratur la kiteorg another 1 hour. Lepas tuuuuu. menyesal naik. scary gila aku rasa dah macam azab walopn tak sampai 5 minit naik. Kalo ade sakit jantung mmg mati dah aku atas tu huhuh. Menyesal..menyesal. kalau korang nak try jugak, silakan tp terus terang aku cakap 5 minit kt roler coaster tu was the most devastated moment of my life ok. 

Lepas tu kiteorg ke waterworld plak. Nak g tengok dinasour. Bapak best gila. naik bot yg x mcm bot pastu mula2 ok. bila masuk dalam lorong gelap tu perghh real mcm dalam movie je aku rasa. best n basah. hahah. kalo pkai baju hujan pn basah lenjun gak. kalo korg x suka nak basah2 selubung je satu badan korg tu. beg pun simpan dalam locker. sebab mmg bukan basah sikit2 game ni basah terus huhuh. tp serius sumpah best n worth it beratur panjang and lama sbb best gilaaa hoi.

Lupa plak nk cerita. masa nak naik roller coster td kena simpan beg kt locker tak bole bawa beg. Pastu tempat locker dia banyak n canggih. hahah. kat mesia takde. Kena pkai thumbprint je. Untuk sejam pertama rasanya free. Pastu kena byor. 

Ok lepas habis waterworld tu anak buah aku nak naik yg roller coster kaki juntai2 tu. x kuasa mak. aku cakap kt dia pegi la naik kiteorg g lepak2 kat cafe sebelah tempat the mummy tu. So lama gak la anak buah aku beratur nak naik bendalah tu. Kakak aku sorg g keringkan baju dia sbb lenjun lepas waterworld tu, kt situ ade mesin pengering baju ye. Aku ng kakak aku lg sorg g makan soto huhu.lapor. 

Lepas makan aku g solat kat surau. Ade surau ye di uss tu jgn buat2 lupa solat nnt kna panah petir. kena solat gak sbb kalo nk jamak takhir pn xkan sempat sebab jam 6 baru gerak dr uss nanti. Surau nya kecik je tapi ok la bersih. Lokasi kat celah2 antara roller coaster the mummy ng battlestar galactica tu. kecik je di belakang tapi bole perasan la.

Bila aku da habis solat, kakak aku g solat then anak buah aku pun datang. Die makan jap pastu die pn nak solat. Aku n kakak aku terus nak gerak ke Far Far Away nnt anak buah aku dtg. Masa nak ke FFA tu ade plak perarakan watak2 kartun ni. Best oo.. hihi cuma yang tak bestnya sebab ade watak2 yang seksi laa.

Pastu dah siap tu kite gerak ke FFA tangkap2 gambo sambil tgu anak buah aku mai. Pastu kita masuk Shrek 3D show. hee. Best gila mmg best. Masa nak masuk tu ade Shrek ng Fiona depan castle tu tp x sempat nak amik gambo org ramai sgt huhu. Lepas tu kiteorg jalan2.. ingat nak g naik bot lagi satu kt Madagascar tapi mcm ramai plak kiteorg terus ke Steven spielbierg action. Yang ni die tunjuk macam mana depa buat movie dalam studio. Memang real!

Bila keluar tu ingat nak ambik gambo ngn van diesel tp kena beratur pastu ade nak buat show plak kat situ by rockefella. Best jugak ni tengok depa nari2 semua. hemsem2 pulak tu huwaaa. Bila dah setel tu kita gerak nak g shoping barang sikit. Takde la banyak pun beli souvenier je. Harga pun xde la murah sangat huhuh. 

Dalam kul 6.30 cmtu kita naik bas semula kat tempat yg turun tadi. Balik pn lalu link ke2. Masuk imigresen semula ok je tak ramai org pun. Cuma apa yg aku bole cakap tempat imigresen singapore is wayyyy more canggih than malaysia. Huu. 

Pastu nak story sikit pasal makanan kt uss ni. Well mmg ade yang halal n ade yg x halal. korg pepandai la cari ye. Aku dlm uss lepak kat cafe kawasan the mummy tu je. Yg tu je rasanya selamat sikit. Kalo kat luar2 tu aku beli air je la. Tp kalo nak mknn lg murah pegi kat Malaysia street yg aku cerita mula2 tadi. Die luar pagar uss tapi bole je kuar jap pegi makan tunjuk je gelang uss kita tu.

So kesimpulan 3 game paling best kat uss ni ialah:

                                    1) Transformers 
                                    2) Waterworld
                                    3) Shrek 3D show

Well, ini daripada pandangan aku la. Kalo org lain x tahu. Tapi mmg korg kena pandai bahagi masa so bole pegi yg 3 ni. Wajib tau. Aku pn byk gak game aku x pegi huhuh. Nak buat cmna, masa x banyak. Nak kena tunggu semua lg kan jadi make sure pegi yang mmg betol2 best. 

Sampai Danga Bay pun lebih kurang jam 8 mlm. Terus pegi makan, naik hotel, mandi solat n tidorr. Esoknya pagi lagi kiteorg dah check out sebab nak singgah ke pesta buku pulak kt PWTC. huhuh. Malam tu pulak dah janji nak makan reramai kat Bidor celebrate besday kakak ipar aku. Gila busy. haha. Sila la tengok gambo ye.


 Ini naik benda alah ni nama die accelerator. tak best pun pusing2 je mcm menan kanak2.

 4 orang pelancong sesat

 Ni masa beratur kt water world tu beria pkai baju hujan siap2 padahal nk kena beratur lagi sejam hahah

 Puteri lilin mengada2. i tak leh panas kang cair.

 Nampak tak aku dah ghope sepohon kayu daunnya rimbun? hahah

OOTD aku mmg hancus kan pasal aku malas nak packing baju masa ni. ade aku kesah? kikii

Tq tukang sponsor lepas ni sponsor la pegi ostrolia pulak hik3

No comments:

Post a Comment