Saturday, October 24, 2015

TRIP TO LEGOLAND BY SHUTTLE BUS FROM KL PART 1

Assalamualaikum!

Huarghh. aku rasa blog ni dah jadi blog trip sbb aku nak update cerita pasal aku pi jalan je . hee. 

So arini nak update story throwback 2 bulan lepas. hahah. Aku pegi legoland woi. Tiket free woi! Untung woi! sape nak bagi hohoho.

So the whole story begun bila one of my bff Dr. Fazwani Murad ni berhia hia ngajak aku g legoland someday in August. Dia ni dentist kat Hospital Penang tau tah ke hape jadah nak turun ke JB jauh tu semata-mata Legoland kan.

Rupanya mektok ni ada 2 tiket free macam mana dia dapat malas aku tanya. Tp kena pi dalam bulan August saja baru dapat free, kalau pg bulan lain kena bayau. Mula-mula plan nak pergi 23 ogos memandangkan masa tu gaji tak berapa ada la kan so kalo g 23 ogos tu dah hampir2 gaji so OK la.

Tp si dokto gigi ni tak free injak la awal sikit 15 Ogos. Tp persoalan sekarang ni macam mana nak pergi dengan kos yg minima dan tak bazir masa memandangkan JB tu agak jahuh juga la kan. Belek punya belek punya belek sekali jumpa shuttle bas dari KL - Legoland. Bole balik hari wei! kagum aku ade service camni. Korang bole tengok kat website legoland ada info pasal ni ok. Ada satu trip je seari jam 7 pagi KL-Legoland dan jam 6.30 petang Legoland-KL. Harga RM57 one way.

Basically bus ni akan bergerak dari Hotel Royal Bintang, Bukit Bintang tepat jam 7 pagi. So aku gerak dari Ampang pukul 6.15 haha padahal dekat je takot kena tinggal bas wehh. Aku bawa back pack je sorang kan. Faza naik flight dr penang ke JB tp nanti balik naik bas ngan aku la. 

So tepat pukul 6.45 camtu bas sampai. Kena print tiket tu tunjuk kat driver. Suprisingly driver dia orang Melayu dan aku satu-satunya orang Melayu dalam bas tu. Kah. Yg lain macam2 bangsa ada, well maybe sebab bus ni pun macam baru lagi service dia so orang tak tahu sangat.

Aku duduk diam2 je dalam bas sbb get ready nak tido. Tiba-tiba driver tu datang n bagi voucher makanan sepoloh hingit. haha. rezeki, rezeki. tiket dah la free, dapat  voucher lagi alhamdulillah. Sebenarnya voucher tu untuk sapa2 yang beli tix bus dengan tix legoland sekali. Tp aku ni kan beli tix bas je patutnya tak dapat. Tp rezeki kan hehe.

Pastu aku tido je jaga2 bus tu berenti kat Yong Peng untuk makan. Dia kuar jap dr highway ada tempat rehat tepi jalan tu tp mostly kedai cina so aku beli roti je la. banyak gak aku beli sbb ingat nak makan masa kat legoland nanti. After 30 minutes cmtu bas pun gerak.

Masa bas gerak ni aku tengok henpon aku tinggal batery 10% cmtu lagi kot. duhh . bongok sgt x cas. power bank x bawa. nampak tak betapa tak readynya aku? aku kena save batery sbb nnt nak jumpa si faza kat legoland. Pukul 11.49 pagi baru laa bus sampai kat legoland tu. Almost 5 jam dr KL kan? haa jauh tak jauh.. tapi aku fikir takpe aku ade 6 jam nak main before balik. Jangan buang masa!

Sampai je kt parking, turun so kena jalan sikit ke entry legoland tu jumpa faza kat sana. Well tengok pagar dia yg banyak2 tu aku teringat USS huu bestnya USS. Masuk je faza terus ajak aku g water world sbb tu yg bestnya legoland ni. Lagipun kalau dah petang  hujan tenpat tu tutup nanti. 

Kiteorang pun jalan menonong ke depan punya jauh masuk dalam padahal water world tu sebelah pintu masuk tadi je. huhuhh buang masa betol! ni la akibat tak study before datang. So bila nak masuk water world tu kena masuk lagi satu gate. tp yg ni dia cek beg sbb rupanya makanan x bole bawak. ceh. aku cakap aku letak dalam beg masuk locker pun tak boleh. kerek nak mampos guard dia. Lastnya aku suruh dia buang je menyampah aku. 

Pastu aku terus masuk tempat salin baju dia kat situ. Pastuh cerita seterusnya nanti aku sambung ea. Maklumla aku malas. hehehe.

No comments:

Post a Comment