Sunday, December 4, 2011

Memori Urughu.

Perkenalan kami tak lama. Cuma rakan semasa zaman sekolah rendah yang singkat. Mula tahu nama dia semasa tahun 1, berlainan kelas aku di kelas merah dan dia di kelas hijau. Aku mendapat nombor 3 manakala dia mendapat nombor 1 untuk seluruh pelajar tahun 1. Tak pernah berbual sepanjang dari tahun 1 hingga tahun 3. Cuma tahu nama dia, dan dia tahu nama aku. Itu saja.

Masuk ke tahun 4 kami ditempatkan di kelas sama. 4 Arif. Dan kebetulan kami duduk bersebelahan dan aku sangat sukakan dia. Seorang yang baik dan pendiam tapi bila dah rapat dengan seseorang, dia akan menjadi peramah. Permainan yang kami selalu main, pemadam getah. hehe. memang popular permainan tu masa zaman dulu2 kan. Kalau ada ujian meja kami akan dijarakkan dan kadang2 masa nak hulurkan kertas soalan ujian tu dia akan main tarik2 kertas tu dulu sebelum hulurkan pada aku. =)

Dia baik sgt, rajin dan smart. Aku rasa semua orang, cikgu2 dan murid2 sukakan dia. Pelajar yg sopan, hormatkan semua orang dan pandai. Paling penting, rambut dia akan disikat tepi, dan kemas walau untuk apa aktiviti sekali pun, walau pun untuk bersukan.

Tapi, ada satu perkara yang paling aku ingat antara aku ng dia iaitu Urughu.. Pernah ada satu rancangan kartun bertajuk Urughu yang aku tengok pada masa tu. Aku memang kaki tgk tv semua kartun aku akan layan.. dan sepanjang aku kenal dgn dia, dia pernah bgtau yang ayah dia jarang sgt bg dia tengok tv, patut lah dia jadi sebaik begitu..tak mcm aku.. =) Jadi, selalunya kalau ada cerita kartun yang best2 mmg aku akan cerita semula pada dia.

Berbalik pada cerita Urughu. Urughu ni adalah nama ratu rama2 yang dibela oleh seorg kanak2 lelaki. Die sgt sygkan urughu dan akhirnya urughu ni mcm dah jadi cinta pertama die. Tapi ada suatu janji iaitu budak lelaki ni tak boleh tgalkn urughu semasa malam bulan penuh, kalau tidak urughu akan tinggalkn dia.. Tp pada suatu malam bulan penuh ni budak lelaki ni terlupakan urughu sbb excited ayah dia balik dr kerja. Kemudian bila die dah sedar tengok2 urughu ni dah takde.. Then start haritu budak ni akan berjalan2 di taman sambil seru nama urughuuu.. urughuuu dgn harapan urughu akan balik.

Best sgt kartun ni. Tayang masa wiken so masa hari Isnin aku dtg skolah bila jumpe die terus die sebut, urughu. Eh, terkejut aku. Rupa2 nya minggu tu ayah dia bg die tgk tv so die dpt tgk cerita urughu tu. hehe. Then the whole day tu die asyik sebut je urughuu urughuu. Comel je. hehe.

Tapi masa darjah 4 tu je kami jadi rapat sbb masa dh darjah 5 & 6 kteorg dah tak duduk sebelah2. Biasa la budak kecik mcm aku ni tak hargai persahabatan sgt lg huhu. Tapi dia tetap sama dan tetap baik, aku tahu tu.

Masa berganti kami teruskan dgn hidup masing2. Die dpt 5A jugk masa UPSR then kemudian aku tau die masuk form 1 ke Izzudin Syah, Ipoh. Lepas tu dah tak dengar cerita psl die sbb die ikut ayah die pindah sbb ayah die keje pegawai Felda.. Last yg aku dngar cerita die belajar kat Insitut Perguruan Darul Aman, IPDA kt Jitra. Then, lost contact terus..Bukan dgn aku je, dgn kwn2 yang lain pn.

Baru2 ni kwn baik aku Masaliah kahwin. Aku teringat masa otw ke ipoh nk ambik baju kawen die kteorg borak2 psl die. Sbb nk jemput die ke kenduri Masaliah ni. Mmg kami tak tahu kat mana dia n berhajat sgt nak jumpe die n tahu perkembangan terkini dia. Tp die takde kt fb ni, n kwn2 skolah pn xde yg berhubung dengan die.. So, stop kat situ je cerita psl die..

10 hari kemudian, ptg Khamis minggu lepas aku dapat call dr sorg kwn yg bgtahu berita yg cukup2 memeranjatkan aku. Katanya cerita dr seorg kwn yg lain, die dah tak ade..die dah meninggal ptg rabu dalam kemalangan. Aku mmg tak percaya. Aku terus google cari dulu betul atau x die dah meninggal.. dan hakikat mmg selalunye pedih. Die terlibat dalam kemalangan dengan hilux.. bersama kakak dan ibunya.. Ketiga2 nya meninggal di tempat kejadian. Innalillahiwainnailai hi rajiun..

Arwah rupanya dah jadi seorang ustaz di Sarawak. Masa kejadian tu die baru balik dr Pulang Pinang dan membawa bersama ibu ng kakaknya untuk bercuti kt Sarawak. Die accident di Jalan Pesisiran pantai Miri-Bintulu. Dlm berita kata kereta kancilnya remuk teruk. =(

Selepas 13 tahun tanpa berita, akhirnya berita pemergian die adalah berita terakhir yang aku dengar. Semoga kamu dicucuri rahmatNya wahai Ustaz Lokman Hashim bin Yusuf. Kebaikan kamu akan sentiasa diingati semua org. Moga Allah menempatkan kamu di sisiNya. Amin.

Allahyarham Ustaz Lokman Hashim B Yusuf yang berbaju melayu putih berdiri di antara si berbaju melayu biru dan yang bertshirt itu.

p/s Al fatihah untuk allahyarham, juga allahyarhamah ibu dan kakaknya.

Link pasal accident di sini.
Link pasal Urughu di sini.

3 comments:

  1. dekat sgt tmpat kjadian tu dgn rumah. huhu. al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. Huhu. tak sempat nk hadir ke pengebumian allahyarham. =(

    ReplyDelete
  3. Awin..ak nak nanges...(dh nanges dh pon...)

    ReplyDelete