Wednesday, January 13, 2016

Review 2015

Assalamualaikum. Selamat hari ke 13 di tahun baru 2016. Selamat menghadapi umur 30 tahun... kikkiii. Akhaii dah tahun 2016 ea. Macam-macam dah jadi tahun 2015 dalam hidup seorang Farhana Nazwin ni. Blog pun makin kurang je update akhaiii.

Untuk update kali ni aku nak review semula apa yang jadi sepanjang tahun 2015 kat hidup aku ni. Hee. Ada manis, ada pahit, ada masam, ada suka, ada duka. Campur gaul gitu. 

Aku nak start dari bulan Januari. Aku waktu ni masih bekerja dengan Emas Impresif Sdn Bhd dan ofis kiteorang di Kulim Hi Tech Park. Kiranya aku menyewa di Kulim  la. Pertengahan bulan Januari, company kita berpindah ke bangunan sendiri di Kompleks IKS Keda, Gurun. Maka, bermula lah kehidupan nomad aku di Gurun. 

Ok. to be honest sesuai dgn nama dia, Gurun memang extra PANAS. haha. kalau aku call mak aku kat trolak then mak aku cakap kat sana tengah hujan, aku akan jenguk ke luar tingkap, hmmm.. terik sangat matahari ni. huhu. Rasa mcm tak percaya tempat lain hujan. Itulah uniknya Gurun.

Walaupun panas, tapi aku rasa happy sangat tinggal di Negeri Jelapang Padi ni. hehe. Mula terfikir, will I be end up berhijrah ke sini? Manaa tau jumpa jodoh utaghaa kan hik3. Hinggalah ke suatu hari di bulan Februari aku dipanggil interview di sebuah jabatan kerajaan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun SWCorp.

Tanpa ada sebarang harapan untuk dapat jawatan ni, aku pun pergi lah interview ke KL dari Kedah. Mak aku pesan, usaha selagi ada peluang kan. Walau pun susah, cuba lagi. Interview tu bulan Februari, dan pada bulan April aku diterima kerja dan melapor diri pada 15 April. 

Aku memohon untuk masuk kerja lewat iaitu pada 5 May memandangkan banyak lagi kerja di EISB aku tak setelkan. Masuk secara baik, keluar pun mesti la secara baik kan. So aku tamat kerja di EISB pada 28 April 2015. 

1 tahun 4 bulan di EISB bagi aku banyak sangat pengalaman dan pengetahuan. Alhamdulillah. Terima kasih pada bos2 EISB (ketika itu) Cik Hasnatul Hazwani Hassan dan Encik Amirul Hazwan. I owe you guys. Big time!

Tanggal 5 Mei 2015 aku mula kan tugas aku sebagai Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar di SWCorp. Aku ditempatkan di Bahagian Sisa Domestik dan Pembersihan Awam. Perangai aku ni bila masuk tempat baru mmg mcm sombong2 sikit hahaha.. 

Tapi Allah tahu kan perangai hodoh aku ni so aku jumpa kawan-kawan baru yg baik sangat kat BSD ni. Kebanyakannya muda daripada aku hehe. Dan sekarang ni dah hampir 9 bulan bekerja, alhamdulillah semua nya OK je. Hee

Dah ok pasal kerjaya. now pasal personal life. hik3. So far, aku single mingle. Belum sampai lagi jodohnya hehe. 2016 ni kot? hahah.. Apa-apa aku tau Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku . InsyaaAllah. 

Post kali ni takda gambar pasal aku update blog guna laptop jabatan..hahah.. Tengah kursus daa.. Next post aku tepek gambo riang ria aku sepanjang tahun 2015 ek. hihi. Ok bye. Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Asalam, akak cerita sikit pengalaman kerja di EISB huuhu saya fresh grad tengah apply kerja sekarang ini, terima kasih

    ReplyDelete