Wednesday, June 16, 2010

Fikir Dulu Sebelum Buat

Salam~

Maaf ye kwn2 sume. entry aku ni still berkisar tentang sepupu aku yg dh meninggal ni..Masih terasa sgt akn kehilangan die..tp.. aku n keluarga dah semakin redha n dapat menerima pemergian allahyarhamah.

Cuma, tghari td aku dapat tahu satu berita yg agak kurang menyenangkn. Aku mendapat tau dr status FB rakan arwah , video n pixs semasa kejadian accident itu telah diupload oleh seorg mamat sengal kt fb die. aku cuba search page mamat ni n die x private kn pn. Maka aku dpt lihat suma pixs yang ada di dalam album yg bertajuk Accident. Video pada masa tu katanya dah diremove sebab kwn2 arwah dah msg die marah2 n mohon diremove segera.

Aku memula ingatkn hanya ada gamba kereta2 yg terlibat n tempat kejadian saja. tp rupa2 nya ada satu pix di mana arwah sepupu aku yg tersepit baru dikeluarkn dr kereta oleh bomba. dan apa yg aku dpt katakn, pix itu cukup mengaibkn.

Aku yg sangat marah masa tu terus bgtahu abg2 n kakak2 aku. Aku terus PM mamat tu dgn kata2 makian n carutan. huhu. Aku mmg diharamkn utk carut2 ni tp pada ketika tu, aku rasa geram, marah, sedih sangat sebab ada org yang sgup buat begitu pd ahli keluarga aku.. Aku dh berdoa bukan2 dalam hati moga perkara begini akan menimpa pada ahli keluarga die plak..Astagfirullah..

Tp, malam td dlm lebih kurang pukul 9, pixs sumenya telah diremove lepas abg aku msg die n aku xtau la apa yg abg aku ckp kt mamat ni..mesti kena bambu cukup2 la kot..kemudia die menghantar msg mohon maaf pd kakak aku..ni msg die aku taruk sini..

salam..
saya dah remove vid dan gambar2 tu disebabkan oleh saudara eddie firdaus.. saya dah maklumkan kepada beliau yg semua yg saya lakukan tu mmg x de maksud untuk mengaibkan sesiapa termasuk pihak keluarga kakak.. disebabkan saya hanya mengtag gambar2 tu kepada kawan terdekat sahaja.. tp x sangka pulak gambar tu dah berlarutan sehingga ke pengetahuan rakan2 arwah dan keluarga akak..

jika akak inginkan gambar2 dan video kemalangan tu..
sila hantarkan emel kepada saya dan mungkin saya akan menghantarnya kepada akak secepat yg mungkin..

sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada keluarga akak dan rakan2 arwah

Allah adik oi..mmg la ko tag baper org je tp FB tu dh sah2 social network..cepat je leh lepas sana sini.. tup2 kna kt family keluarga ni..akai ada letak mana dik oii..ni budak2 lg yg buat kerja ni..

Since die dh minta maaf..kiteorg redha je lah.cuma geram tetap ada..aku harap lepas ni die fikir dulu sebelum die buat ape2 tindakan..

Apa yg boleh aku ckp, gambar2 tu suma sangat2 melukakan hati kami sekeluarga... aku x sanggup nk tunjukkn pada mak ayah aku..mak ayah arwah lagi la...rebah plak karang.,.biarlah kami sekeluarga ingat kenangan yg baik2 je ttng arwah..gambar yg manis je yg kami nk simpan dlm hati kami ni sbg memori..

Wslm.


No comments:

Post a Comment