Monday, December 24, 2012

Lima hari Empat Malam di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia


Assalamualaikum!

Tajuk x boleh belah.

Hiks dengan semangat berkobar-kobar harimau malaya aku update blog ni. dah janji kan nak semakin serious dalam arena pembloggan ni. haks. puii.

Korang tau x aku kerja apa? tak tahu kan. Ha, meh sini nak bgtahu. Aku kerja di sebuah travel agensi sebagai Penyelia. Jadi bila sebut travel mesti korang kata, bestnya leh jalan free, kan?

Korang salah. Memang la aku boleh pergi sana sini free tapi pergi kerja ok. bukan pergi makan angin. Tanggungjwab tu besar. Kat luar negara sorang kena hendel trip. Apa-apa masalah kau pandai2 sendiri.

Ha. Ingat senang? Tapi alhamdulillah, rezeki aku untuk tengok negara orang. Jadi untuk entry kali ni aku nak cite pasal trip aku ke Padang & Bukit Tinggi bulan 9 haritu.

Sebenarnya ini trip kementerian pelajaran. malas aku nak cerita permulaannya. Cut it short aku dikehendaki bawa rombongan ni bermula 23-27 September.

 Yang join trip ni, dua orang pegawai kementerian pelajaran, lima orang cikgu dengan empatblas student smk convent kajang. bawak budak sekolah..uhuk.

Flight pergi pukul 7.50 pagi ha kau aku pukul 4 pagi dah ada kt LCCT. risau kan nak uruskan check in semua. Ada la masalah sikit tp overall semua ok dan selamat smpai Bandara Padang pukul 750 pagi waktu Indo.

 Indo kan lambat sejam drpd kita. Dekat je Padang ni, lebih kurang 45 minit je naik flight. Sampai je mmg dah ade tour guide tunggu nama Pak Wem. Jadi dah setel semua terus naik bas nak menuju ke Bukit Tinggi.

Perjalanan patut nya amik masa dalam 2 jam kalau terus je tp sbb otw tu akan ada few tempat yg akan disinggah so ptg la baru akan smpai. Bukit Tinggi ni ala2 Cameron Highland la jalan nak pergi sana memang berbukit bukau gitu.

Lepas brekfes terus kan perjalanan then singgah kat satu tempat air terjun nama Lembah Anai. Benti amik gambar gitu2 je la. Bebudak sekolah tu laa excited. baru nak up kann. huhu.

Air Mancur. haha mcm lucah bunyinya!
Then ada singgah lagi satu tempat jual-jual kain ke apa ntah. ramai la juga yang memborong kann aku layankan aje lahh. Pastu lagi ada singgah kat tenpat ukiran2 gitu la tak menarik sangat pun. haha tapi sebab ade dlm itinerary kan.

sopink je la.

ukir-ukir

Padang ni orang kata bandar berkembar ng negeri sembilan. So mmg nyata la unsur-unsur minangkabaunye. Yang rumah nya mmg macam bumbung kat nogori sana tp lagi banyakkk.

 Jadi ada singgah satu rumah gadang ni, tengok gambar kat bawah ok. gadang maksudnya besar. kat sana satu keluarga akan tinggal dlam rumah ni. Pastu ade la adat-adat yang kena ikut. Ntah aku x dengar sgt explaination dr akak tu, ngantok le. banyak tangkap gambo je.

sebenarnya bosa ni. next post aku tnjuk

Pastu lunch makan nasi padang, nasi padang ni macam banyak gila lauk die serious. tapi dalam piring kecik. dan dia cuma akan kira lauk yang kita makan saja. kalau ada lauk sikit yg ko usik2 amik kuah pn akan dikira juga ok.

Aku makan je laa semua ape ade rasaa. dah masuk lam pakej kan. haha. pastu gerakk lagi ke bukit tinggi. sepanjang perjalanan tu mmg cantik la view dia sbb kawasan pertanian kan n sayup2 nampak laa gunung merapi tu.

Sampai hotel da petang. setel check in masuk bilik semua aku tido lalu. haha. penat woi.



ini kat depan gunung merapi

Lain kali aku sambung boleh? Penat lah. Bye.

Friday, November 30, 2012

Sekali Sekala Dalam Bulan Biru

Assalamualaikum

Once in a blue moon. Yeahh. macam tu la perangai aku dalam setiap perkara. Semuanya sekali sekali dalam bulan biru. haks. 

Termasuk la dalam mengupdate blog. Kekadang je update lepas tu dalam hati terus nekad ohh aku akan konsisten update at least seminggu 2,3 kali. Siap satu pos, update lepas tuuuu nan hado! 

Impian dalam hati tadi terus musnah berkecai.

Punca utama aku jadi macam ni ialah, Malas. Kalau malas ni ialah orang, dah lama aku halau nyah kau dari sini. 

Tapi itu la lagi satu masalahnya, malas ni sifat. dah jadi sebatian dalam diri. Mungkin kena buat elektrolisis baru boleh pisahkan. Eh?

Aku ada banyakkkk banyakkkk banyakk ( melampau tak banyaknye?) benda yang nak diceritakan. Kadang-kadang tgh drive terfikir, eh nak update la. Tapi. lepas tu. huh. lupakan je la.

Ye la, kekadang before tidur pun aku malas gosok gigi, inikan pula update blog. Nampak kaitanya di situ?

Aku sebulan, 2 bulan lepas ada pergi Indonesia ng China. In sha Allah, sesiapa yang baca ni ( ada ke lagi pembaca? huhu ) tolong la doakan semoga aku rajin untuk menaip lagi entry-entry selepas ni. 

To be frank, aku pun rindu nak menulis ni. =)

Aku rasa since tahun lepas aku dah stop update selalu. Huhu. Kadang-kadang bila aku bukak balik pos lama aku pun konfius macam mana aku boleh rajin gila update suatu ketika dulu.

Sekarang, pemalas macam beruang.

Apa-apa pun, aku berjanji dengan diri sendiri akan update dalam masa terdekat ni pasal visit aku ke Padang & Bukit Tinggi. 

Dan aku maybe akan share few tips untuk siapa-siapa yang akan bercuti ke sana. sharing is caring yaww.

Ok semua. doakan aku rajin ya? Tolong?

Salam.

Wednesday, October 24, 2012

Kakak


Assalamualaikum.

Aku anak bongsu dari 9 beradik . First time dapat anak buah masa umur 14 tahun. Hepy gila masa tu kelam kabut nak balik dari asrama sebab nak tengok anak buah baru tuuu. Hepy sesangat masa tu . Anak buah gugurl yg diberi nama , Nur Qaisara Farzana . kekonon Farzana tu ambil sempena nama aku la kan Farhana. hihi.

2 tahun kemudian adiknya pulak lahir. Tapi Sara still jadi buah hati sekeluarga la. dia pun selalu cakap 'Ala..kakak kan cucu kesayangan atok".. Sara @ kakak membesar jadi si gadis comel n manja la sesangat. Kesayangan kan.. Ada mak sedara n pak sedara ramai harus la seronok kann..

Masa umur kakak 7 tahun gitu dia ikut mama nya ke UK utk sambung study. kami terpisah kejap dgn kakak tapi selalu nau skype n call. Takde rasa berpisah pun tiap2 hari tengok gambar kat fb. Masa umur kakak 10 tahun dah balik Malaysia tapi mama nya belum balik.. So aku ditugaskan untuk jaga kakak n adik2 sbb aku pn baru habis belajar masa tu. Jadi tukang masak n tukang basuh la kan. Kakak mmg seorang kakak la hehe. Tegas sikit dgn dua org adik lelaki nya yang tak berapa nak dengar cakap tu.

Makanan kegemaran kakak harus la kari.. Tom yam.. Ayam peri-peri .. Mak cik nya pula suka melayan makan dieorg kan.. seronok la.. Lagi satu yg kakak suka makan is mee rebus kat kedai jalan nirwana tu. Kalau makan, 2 pinggan pun boleh habis, hehe..kakak, kakak...

Kakak lahir on 26 August 2001 .

Tarikh 09 Oktober 2012. malam tu aku senggugut. tak berapa boleh nak tidur. terbaring sana, terbaring sini. bila tengok jam ehh tak pagi2 lagi ni kenapa tak boleh tidur ni. Then dengar bunyi hp angah aku kt depan. Aku ni plak mmg jenis yg tak suka bunyi kan hp.. selalu silent je. tapi rasa x sedap hati dengar hp angah bunyi pukul 3 pagi mcm tu kan. So aku pun capai la hp aku yg jatuh bawah katil. Sekali tengok ada missed called from Home Trolak.. Aku mmg scary betul kalau ade call tgh2 pagi ni.. teringat kes arwah ayu dulu. hati dah x sedap..

Then angah masuk bilik kasi hp suruh cakap dgn acik. sbb si kecik dah nangis. Aku ambik fon n terus tanya kenapa acik ?

Acik: Adik.. tadi kak emy telefon..
Aku: Ha, dah tu knape ni?
Acik: Kak amy cakap.. Sara dh meninggal..
Aku: HA? Ape ? ape ni??
Acik: Sara dah takde .. bawa balik kebumi trolak ni.

And after that aku macam tak ingat apa sgt sbb aku macam meraung2 n menjerit . Tak Percaya.

I took almost half an hour utk calm kan diri n try to digest the news la. n nak kena berfikir nak buat apa sekarang. masa tu lebih kurang pukul 3.45 pagi dah. So then i decide call few people like my bos semua n kwn2 bgtahu aku nak balik trolak. n I drive alone pukul 4.30 pagi dr KL sampai trolak dalam 6.20 pagi. Lambat sbb banyak gilaa lori kat highway masa tu. haih. hati-hati jugak la bawak sbb most of the time masa drive tu aku menangis je.

Sampai ke rumah aku tgk semua nye calm lagi. takde la suasana sedih sgt sbb everybody was busy utk org ramai dtg. Sebenarnya ini kali pertama ada kematian kat rumah aku. So, everythin mcm benda baru kan. Then dapat tahu jenazah n semua bertolak dari Kuala Terengganu at 6.30 AM. so dalam tengahari baru sampai kn. My dad decide kebumi kan lepas asar sebab mayat belum mandi kan lagi.

So pepagi tu dah ramai dtg rumah. mostly terkejut lah sbb macam tiba-tiba. baru jumpa masa raya she was ok. takde nak kata sakit ke ape. memang tak ada! Aku masa tu menyibukkan diri la tolong racikkan daun pandan.. kemas2 rumah sana sini, buat2 senyum and angkat2 barang ke rumah sebelah sebab masak kat rumah sebelah, rumah maksu.

Acik n ajib pergi beli barang2 untuk mandi jenazah nanti. padahal dalam hati berdebar2 tgu jenazah sampai.. tak tahu macam mana nak tahan air mata nanti. About 1.40 PM, van jenazah pn sampai depan rumah aku..

Aku busy kat dapur masa tu. bila ke depan tengok nek da (mak kak eid) dgn mak aku tgh peluk kak eid. Masa tu air mata jgn cakap la mmg tak tahu nak tahan macm mana. Tapi mata aku terus cari ayah aku sbb tahu Sara is his favourite, kesayangan dia. then nampak ayah aku sorang duduk bawah khemah yang da dipasang tu. Ayah tgh menangis n kesat air mata. Sayu gila...

Jenazah angkat ke dalam n aku terus pegi peluk kak eid kuat2. then kak eid bisik kat aku..

'Kakak nak sangat balik rumah atok..'

Lagi laaaa. tak tahu perasaan tu mcm mana. Last time I saw her on 1st September , she's fine little bit quiet but she's healthy. tapi sekarang jasad kaku kakak yg aku boleh pegang.. Masa tu semua abg aku pakat mengaji semua while im busy preparing for nak mandikan kakak, n potong kain kapan semua. Ayah ckp by 3.40 PM, van jenazah akan dtg ambil. By 2.30 PM tu mmg dah start potong kain n ukur jenazah.(pasal mandikan jenazah,potong kain kafan n kebumi semua aku akan cerita lain, its an ilmu yg boleh share kan?)

Yang meriba kakak , kak eid, acik n kekmy. Yg mandikn ade la macik2 kat situ. Aku pulak jadi runner pergi ambil barang sana sini. nak benda semua smooth je kan. Bila dah selesai semua mandi , pasang kain kafan, letak bedak sejuk kat muka kakak, letak celak semua .. masa ni paling tak tahan. semua yang ada dari bising2 bercakap masa siapkan jenazah dlm bilik tu terus senyap.. dah tahu masa perpisahan tu makin dekat. Mula-mula panggil ayah aku masuk bilik tgk for last time, ayah aku xnak dah.. tak sanggup. Aku cium kakak, then kakak2 aku.. kak ipar aku.. Angkat balik jenazah kakak letak atas katil. Sementara nk tunggu van sampai kiteorg berdiri n duduk je tepi katil. Wajah ni, kiteorg takkan dapat tengok da sampai bila-bila.. Ya Allah..

Bila van sampai. memang terus angkat je. Nak elakkn semua org bertambah sedih kan. Aku tengok ayah aku berpaut kat dinding masa jenazah bawa masuk dlm van. Risau ayah tumbang je. But, He's ok. semua orang ok. Sedih ya memang sedih tapi siapa la kita nak lawan takdir. Bila jenazah dah dibawa ke masjid aku pergi mandi n siap-siap nak ke kubur plak. bawak mak , nekda, kekmy, acik n aku. Sebenarnya aku mmg tak pernah pergi kawasan perkuburan Felda trolak selatan ni.. ni first time..

So kat kubur jenazah sampai dalam pukul 5.30 PM. semuanya disegerakan.. mmg air mata menitis je masa tu. tak boleh cakap ape dah.. Janji Allah dengan kakak dah sampai..

By 6 PM semua dah setel. ditalkin kan. siram air dan tabur bunga ke kubur kakak. I love you kakak n I will definitely miss you forever and ever. Kakak pastinya dah berada di tempat yang terbaik.. syurga untuk kakak. Al-Fatihah.




p/s kakak penghidap asma dari kecik tp x pernah teruk pun. cuma sebulan sebelum kakak pergi kakak diserang asma semula. tp semua ubat dan kelengkapan di rumah dh tersedia. Pada 8 Oktober tu kakak ok, sihat. Pergi skolah, balik skolah mama ambil dan terus ke ofis mama. Then balik rumah, main2 lg dengan adiknya. Lepas makan n solat maghrib tu kakak kata penat, nak rehat. Mama bg makan ubat n kakak tidur dalam pukul 9 malam. Tgh mlm kakak bangun n pergi ke bilik mama dan ckp kakak sakit. Semua pun sakit.. kaki, tangan, kepala, badan kakak semua sakit. Mama bawa turun ke bawah bg kakak makan n makan ubat. Kemudian kakak baring , kakak dah mula menjerit cakap sakit..sakit.. Mama ajar kakak mengucap then kakak takbir.. Allahuakbar.. kakak terus pengsan. Bawa ke hospital pakar KT.. kakak disahkan meninggal dunia jam 0245 AM,  9 Oktober 2012.

Thursday, October 11, 2012

Hakikat Sebuah Kehilangan

Assalamualaikum

Anak saudara kesayangan, Nur Qaisara Farzana dah tinggalkan aku tepat jam 0245 09 Oktober 2012 . She's 11 .

I miss her alot. Feel like she's still here with us, I miss her laugh , her smile, everything.

Ya Allah, ujian Kau pada kami sekeluarga . Kau ambil semula seseorang yang sangat kami sayang. Sesungguhnya perancangan Kau adalah yang terbaik.

Ya Allah , Kau tempat kanlah kakak di sisiMu sebagai bidadari syurga,, Aamiin.

Monday, October 8, 2012

First time buat pasport ~


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Huhu. Pasword untuk blog ni pun jenuh nak ingat ha. Sebab tu la update pun berbulan sekali. dah berhabuk-habuk puihhh puihhh. **tiup-tiup habuk.

Baru-baru ni aku pergi buat pasport. dah umur 26 baru nak buat pasport khenn. hihi. Aku buat masa hari Khamis , so pagi-pagi aku dah gerak dari Ampang sebab aku buat kat presint 14,Putrajaya sana. Rasanya pukul 6.45 pagi aku dah gerak n sampai sana dalam pukul 7.20 . Aku ingat aku paling awal sekali masa aku ambil nombor giliran , masa tu aku tengok jam pukul 7.37 pagi and aku punya nombor is 24 ! Adoi .. yang dapat nombor awal-awal tu pukul berapaa la agaknya dieorg datang ye.

Masa ambil nombor tu aku tanya kena isi borang apa-apa ke then org tu ckp tak perlu. Just kena ada gambar ukuran pasport sekeping dgn salinan IC ..Aku pn terus la duduk tunggu sampai kaunter bukak pukul 8 pagi.

Bila kaunter dah buka tu makin ramaiii orang datang. nasib baik takda kena isi borang ke apa. kalau tak mesti lagi sesak kat situ..Yang bawak anak kecik la, orang tua la. nasib baik jugak laa aku pergi awal kalau tak memang x sempat sebab pukul 10.30 pagi tu aku dah ada appoinment kat KPM.

Tepat pukul 0850 nombor aku pun dipanggil. So aku pergi la kat kaunter akak yang manis tu bagi salinan IC dengan tunjuk IC original. kasi gambar pasport aku tu, letak ibu jari kat mesin pengimbas tu . Aku rasa tak sampai 5 minit dahh siap ! Now tunggu nombor dipanggil untuk kaunter bayaran pulak.. RM100 untuk tempoh pasport selama 2 tahun. RM200 untuk 5 tahun kalau tak silap aku.

Lepas tu pukul 0915 nombor aku dipanggil untuk buat bayaran. Then akak kaunter tu kata lagi sejam datang ambil pasport . So, aku pun tak mahu nak sesak kan lagi keadaan yang memang dah sesak gila kat situ aku pun decide nak pegi cari kedai nak makan dulu. lapar kot ..

Dah makan-makan siap semua aku pergi balik kat tempat imigresen tu . Tepat je pukul 1015 aku terus pergi kaunter serahan. Tak sabar woi nak tengok pasport aku. HAHA. and ini lah hasilnya..



Hehe. Siap dah. Jom pi jalan !!!

Thursday, August 16, 2012

Tips Pemandu Selamat dan Hebat

Hai kacak2 sekalian . 

uhuh. dah 27 Ramadhan. Lagi 3 hari je nak raya. Tapi disebabkan dah besor panjang ni terasa sedih sebab bulan ramadhan dah nak habis .. bukan mcm masa kecik2 dulu, terkinja-kinja nak sambut raya .

So far untuk persiapan raya semuanya hampir siap dah . Dari baju tudung kasut semua dah ada. Cuma handbeg baru tak beli lagi . tengok laaa kalo sempat. Aku yang sbenornya tengah risau, pasal minggu ni cuaca x menentu.. hujan je. Sebab aku nak balik trolak tghri jumaat neh . Aku rasa dah confirm2 jalan jam mahutt kan ? Risau la walau pun jarak KL-Trolak tu x jauh mana tapi aku penah kut stuck dlm jam almost 6 jam masa chinise new year aritu . gilass. Tapi kakak aku dh bg cadangan kiteorg nak ikot jalan lama je if traffic jam kan. If x, ikot highway lah.

Aku belek2 la blog td and jumpa few tips yang aku rasa sgt2 berguna untuk pemanduan semasa musim perayaan ni. eceh guna bahasa skema la kan.. Nah korang baca dulu ni .


Untuk perhatian semua..pemanduan melebihi 110km/j di lebuhraya ada baik dan buruknya..walaupon semua ngerti yang ramai akan memandu lebih 110 km/j so ini ade beberapa tips untuk memandu laju ala-ala autobahn..
1) Pastikan kedudukan badan tegak dan bukan ala-ala sandar belebihan masa drive lebih 110 km.j sebab refleks akan lebih cepat kalau kedudukan duduk bersedia..
2) Pastikan jarak antara kereta (ketika hujan) ialah 2 unit kereta kancil di hadapan anda…anggaran sahaja ok, so kalau brake emergency pon..anda masih ada peluang tipis untuk brake dan ABS Auto-lock Braking system masih boleh berfungsi dan calculate weight-force ration untuk berhenti…
3) Kalau ade lopak air di highway, cuba elakkan..kalau tak boleh elak, pastikan DRIVE TERUS TANPA MEMBREK di atas atas atau 2 meter sebelum lopak air tersebut..ini akan mengelakkan kekeliruan pada sistem ABS kereta anda semua..pastikan kedua-dua tangan lekap di stereng dan kemas..stereng anda mungkin cuba ke kiri dan kanan..tapi HOLD FIRM dan terus..kerana sistem ABS akan me,baca pergerakan stereng anda, kelajuan tayar dan arah tuju kereta anda sekaligus..so BANTU ABS untuk membantu ANDA..
4) Jika anda memandu laju di Highway PLUS dengan kadar 140 km/j atau 160km/j..dan anda dapati ada kereta dengan kelajuan rendah dari anda contohnya 110km/j..anda JANGAN FLASH KAN HEAD BEAM LAMPU ANDA bila sudah dekat..pastikan terus memasang LAMPU SIGNAL KE KANAN untuk memotong dari jauh lagi..ini kerana di lampu signal berwarna kuning dan lebih nampak dr headlights anda (dan sesetenagh anda pakai HID plak,lg tak nampak)..tambahan cara ini lebih POLITE MESRA dan lebih PROFESSIONAL..tp kalau dah dekat dalam jarak 2 kereta masih kereta depan tak bagi laluan..then barulaa pakai headlights..
5) Paling penting…JANGAN PAKAI HAZARD LIGHTS dalam HUJAN!! P{eraturan tu tak pernah wujud kat mana mana sistem dalam dunia..
6) Kalau memandu di Highway, sejam sebelum MAghrib atau pukol 6pm atau 6.30pm tu..silalah pasang lampu (lampu kecik pon boleh) – tu pasal Audi Merc BMW ade ‘daylight running LED lights’ and bukan suka-suka dorang buat design n wajibkan tu..sebab Autobahn dah sayaratkan..ini kerana kalau kereta berwarna SIlver, PUTIH, KELABU TUA dan BIRU MUDA akan seolah tidak kelihatan bila waktu-waktu begini..so better pasang laa ye!? tak kering pon bateri tu..
So itu je laa nasihat yang saya boleh bagi untuk pemanduan di PLUS HIGHWAY ala-ala AUTOBAHN GERMANY..
Aku baca ni dari sini. Memang la panjang tapi banyak pengajaran kat situ tu. Aku pn sebelum ni ade jugak main langgar2 je lopak air tu . ade skali mmg macam nak eksiden la pasal lopak air . Ingatkan xda ape aku pun brek la skali mcm dah nak terbabas . Nasib baik mmg aku pesen pegang stereng kuat2 . Kalau x tak tahu laa.

Ok la. Selamat balik kampung ea semua. Berhati-hati di jalan raya please ?
p/s malas . tak menyumbang sebarang produktiviti kepada syarikat pn hari ni.

Tuesday, July 31, 2012

Kerja kerja.

Assalamualaikum ohsem2 sekalian .

Dah 11 Ramadhan kann? cepat je masa berlalu. Kejap-kejap lagi dah raya. Fuhh memang tak terkejar dgn masa ni, selalu kalah je kan . Tengah duk kat ofis ni curik-curik masa update blog. Ngee.

Aku tadi dok buat kerja sikit sebab nak buat interview untuk jawatan kerani minggu depan untuk ofis di Shah Alam. n memang ramai gilaaa yg apply. I think about 40 orang kot hantar resume. Even yang ada degree pun mintak. Eventho hanya untuk jawatan kerani.

Memang sekarang orang susah nak cari kerja eh? Bagi aku cuma satu, jangan memilih kerja. dan kau mesti tahu nak menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan. jangan buat perangai macam masa tgh belajar dulu. Jangan main-main, kena serius dalam dunia bekerja ni.  Ini pengalaman aku menguruskan few budak baru yang baru graduate n terus start kerja. Yang umur2 muda belia tu.

Aku takde la bagus sangat pun nak mengata kat orang. hehe. tp alhamdulillah masa zaman U dulu aku dah start involve dengan program2 kolej so i know a little bit how to handle people, mcm mana nak communicate secara polite dengan orang yg lebih atas dari kita n tahannnn sebarang dugaan dan cabaran. kalau masa belajar dulu tak pandai buat ni sikit,kena marah sikit boleh la kau balik call mak,pak,kakak sume menangis. tapi masa kerja, kau tak pandai buat pun kau kena bg pandai jugak takde masa nak nangis2. Lompang nak? huhu.

Aku sebenarnya baru jgk start kerja so far alhamdulillah aku enjoy. Walau pun ambik bidang microb but now i work dalam bidang tourism. Hee. hey, di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan?

kepada adik2 yang baru nak start kerja tu tolong laaa buang sikap perangai budak-budak kau tu. be matured, nk nangis2 ngada2 kt rumah boleh tapi masuk ofis je kena jadi seorang yang matang, yang tahu buat kerja.

Bukannya masa hari training lagi dah tanya 'Er cik boleh tak saya nak cas henfon kt ofis? hp xde batery la'. Takde masa aku nak layan.


Friday, July 20, 2012

Life is not that hard.

Tiba-tiba rasa nak tulis blog. Hee

Esok 1 Ramadhan 1433 H. Semoga ramadan kali ini akan lebih beerti dari tahun-tahun sebelum ini.
Kehidupan aku sekarang ni, alhamdulillah..baik-baik sahaja. Dah kerja, dah kena uruskan diri sendiri. Kena fikirkan untuk masa depan dan apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Jodoh? Insyaallah. sedang memujuk si dia untuk tamatkan hubungan ini dengan lafaz sakinah, seawal-awalnya tahun depan. Mohon kawan-kawan doakan jugak. =)

Kerja? alhamdulillah. rezeki yang Allah bagi. cuma berusaha sebaik mungkin untuk tak menghampakan kepercayaan yang telah diberi.

Syukur alhamdulillah atas segala kuniaanNya.

Monday, May 21, 2012

Change.

Salam.

I've been away from here for so long. Been busy with life? naah. Not really. Quite shocked blogspot have a new face. hehe. I should learn how to make a post again.

What I wanna write actually. Have no idea. huhu. Well, Im not really an old Awin, perhaps. Im now in a stage to know myself. Life, it is just about two thing. Syurga or Neraka. Which one you choose? I was from a SMKA. A stand for Agama. 5 years there, still cannot change me to become a good muslim, a good muslimah. I might say, I know hukum, I know do and don'ts. But I still do sin. Why? Because of my faith is not strong enough. My heart does'nt feel afraid to do dosa.

Somehow, when i grow older I realise this is not real me. I am a Muslim. I want to be a good muslimah, a good daughter, a good hamba, a good friend. Alhamdulillah, Allah had open my heart to change to be someone better. My past, Im not there anymore. I wanna leave it there and never turn back.

Hope Allah will ease my way. Amin.

Saturday, April 7, 2012

Update Malas-malas.

Agak berhabuk jugak laa blog aku ni.. fuhh fuhhhh. **tiup2 habuk

Banyak faktor2 yang menyebabkan aku malas nak update blog ni. Antaranya ialah

#xded story baru pun nak share as i feel that my life is so boring to tell u guys about it .

#I dont have a new bf pun if nak share cite lovey dovey cm kat blog org lain yg suwit muit tempek cite pasal bf dieorg

#Minat nak menulis tu makin lama makin berkurangan. faktor usia makin meningkat mungkin.

#Bila dah start keja rasa macam wft je nak bukak blog ni pn. penat dgn urusan dunia. ada masa lapang mmg tido je.

So, ape ke sebenarnye yang aku nak share dgn korg skrg ni? Jawapannye ..

Xde ape2 .. Hua hua ..

Bosan nye . Kan best kalau aku dah kawen, leh cite story pasal kehidupan lepas kawen mcm farah lee tu . hee hee.

Masalahnye skrg , aku x kawen lg. bila nak kawen pn xtau .

encik boifren not so boifren , bila kita boleh kawen ni ?